ASSALAMUALAIKUM....
Hai everyone. Ngehngehngeh~ Tiba - tiba nak cakap London. :-p Pagi ni jerebu kuat. Kalau aku bawak kereta confirm tak nampak jalan. Nasib baik aku duduk kuarters so hidup lebih indah, tak payah nak mengharung jerebu bagai. Sebenarnya bos aku tu baru lapor diri minggu lepas. Tu yang aku beriya tulis dapat bos baru.
First impression aku kat bos baru, muka dia macam budak lepas SPM. Series muka dia macam budak - budak. So aku dengan akak office ni dah pandang - pandang tak percaya. Betul ke? Tapi bila dah hitung - hitung balik umur dia 28 ko tau tak. Tua dah!!! Tapi tak kahwin lagi. Tu yang penting. Hakhakhak. Kejam bukan.
Hari first dengan second dia kat sini memang dia nampak lost. Tak tau nak ke mana. Tak tau nak bergaul dengan siapa. Aku yang tengok ni kesian. Dia masuk hari Khamis. Dia ada la jugak sembang - sembang dengan kitorang. Tapi yang tak boleh blanya asal aku tanya mesti jawapan dia belok - belok. Contoh soalan dan contoh jawapan :
Aku : Bos datang dari mana?
Bos : Saya datang dari jauh.
Aku : Umur bos berapa?
Bos : Umur tak penting.
Bos aku langsung tak menjawab soalan aku! Ok masuk pulak hari Jumaat. Kitorang semua ada gotong - royong. Siap dapat memo tu. Tugas aku dengan akak office - bersihkan stor. Tapi abang office aku pesan sebelum dia pergi outstation, tak payah kemas stor tu. Confirm tak larat nak angkat PC - PC rosak tu. Ingat sikit ke? Banyak tau. So aku just kemas - kemas office dengan hias makmal komputer. Nama pon duduk kat PTM kan.
Lepas solat Jumaat kitorang sambung balik hias - hias. Tiba - tiba bos masuk. Dah la bersepah officenya kitorang buat.
Bos : Kenapa tak cakap ada kerja kat atas?
Aku : Ala dah bos kat bawah tadi. Tak pe la kitorang bagi peluang kat bos kenal - kenal dengan staf lain.
Bos : Buat apa ni?
Aku : Bos nak tolong ke?
Bos : Saya nak tolong tengok je
Aku : Apa pon tak boleh la bos ni!
Baik tak payah masuk office kalau setakat nak tolong tengok je! Aku pon boleh. Haish! Tapi dia ada jugak la tolong - tolong kitorang. Baik jugak dia ni. Tiba - tiba puji. Krikkrikkrik~ Bos aku pon duduk kuarters. Sama macam kitorang. Dia tingkat 3. Kitorang tingkat 2. Sokmo la nampak dia ni.
Hari Isnin minggu ni dia masuk lambat. Sebab dia nak settle kan dia punya medical check up. Bila masuk je office petang tu, dia boleh masuk bilik server. Lepas tu dia usik menda entah, aleh - aleh PC yang aku tengah guna tak dapat connection. Dia masuk bilik tu sebab phone dia tak boleh detect wifi kat office. Tu yang menggedik masuk bilik server tu. Aku kunci dari luar baru tau! Lepas tu datang kat aku sengih - sengih. Dah la time tu aku nak cari benda penting.
Bos : Dapat internet tak?
Aku : Tak. Bos buat menda?
Bos : Saya dah pasang balik. Tak dapat jugak ke?
Aku : Bos!!! Saya bunuh bos kejap lagi. (Tapi main - main je. Gila ko aku nak bunuh bos yang handsome tu. Kang esok lusa kepala aku kena penggal dengan kaum wanita kat sini.)
Dia ni dikira hot jugak la. Baru je masuk tapi dia dah jadi bualan kaum wanita kat sini. Sebabnya dia ni handsome plus tak kahwin lagi. Hakhakhak~
Masuk hari Selasa macam biasa la. Abang office aku tak balik lagi. So tinggal aku, akak office a.k.a housemate aku dengan bos baru. Kitorang sembang - sembang. Time nak rehat tu bos ajak rehat.
Aku : Malam tadi bos makan kat mana?
Bos : Saya makan kat mulut.
Aku : Betul - betul la bos!
Bos : Betul.
Aku : Bos, saya makan kat mata.
Bos : Ha tipu la tu.
Aku : Haish!
Bos : Cepat la.
Aku : Kenapa? Bos nak belanja ke?
Bos : Iye la. Jom.
Baik bukan bos aku tu. Baru berapa hari kenal dah belanja kitorang. Memang sayang la kat bos!! Hari - hari pon tak pe. Jimat poket aku. Petang tu bos pergi keluar sekejap beli barang. Balik - balik, walawei bos beli kuih la. Dia keluar sebab nak beli kertas warna nak buat carta organisasi. Tengok - tengok ada ole - ole la. Makin sayang kat bos!! Hehehe~
Tengah khusyuk kitorang bertiga buat kerja kat lantai, bos suruh aku makan.
Bos : Awak, makan la kuih ni. Nanti dia nangis.
Aku : Bos tau ke dia nangis?
Bos : Tau je.
Aku : Bos beli kuih ni kat mana?
Bos : Saya beli kat kedai motor.
Aku : Oh. Ingat beli kat kedai basikal. Bos duduk Klang dekat mana?
Bos : Klang dekat Selangor.
Aku : (Aku macam nak hempas benda kat orang sebelah aku ni!!!) Bos, saya punya Sungai Panjang dekat Perak.
Bos : Nampak sangat tipunya tu.
Aku : Huwaaaaaa!!!!!
Sesungguhnya aku tak berdaya nak membanteras kata - kata dia tu! Dah la muka tak ada reaksi. Muka dia dari pagi sampai petang macam tu je. Tapi nasib baik dia ni jenis yang senyum memanjang.
Semalam unit kitorang ada kursus. Tapi aku skip kejap sebab aku pergi pejabat pos mengorat abang posmen. Hahahaha~ Biasanya kalau ada kursus, kitorang sebagai urus setia kena makan dengan penceramah. Tapi semalam time nak rehat tu si Nazrin bagi aku kerja. Bila masuk je office tengok tak ada orang la. Peserta pon dah lesap pergi makan. Termasuk la bos aku.
Jadinya aku dengan akak office cadang nak balik je rehat - rehat. Tapi aku baru ingat yang kunci rumah kat adik aku. Macam mana aku nak masuk bilik kan. Telefon punya telefon dia kat anjung selera tengah melantak. Tengok - tengok eh ni apa pasal bos aku boleh makan dengan dorang. Lepas gedik - gedik depan bos aku pon follow adik aku pergi dewan kuliah. Dia ni ikut kursus Falak sebenarnya.
Dah dapat kunci aku pon balik la. Tiba - tiba tengah syok jalan ada orang dok buat bunyi sakit tekak. Aku ingat geng - geng imam tak betul tu. Aku abaikan je la suara orang sakit tekak tu. Sekali toleh. Hekeleh! Bos rupanya. Macam siot je. Lepas tu dia ada cakap something. Aku ni dah jauh sebenarnya dengan dia. Nak tak nak aku kena tunggu dia melintas jalan. Dah la jalan lambat!
Bos : Shuhada mana?
Aku : Dah balik.
Bos : Kenapa tak makan?
Aku : Diet la.
Bos : Nak diet apa lagi.
Aku : Ala bos wakilkan la kitorang.
Bos : Apa benda tu?
Aku : Ni bekas bubur pagi tadi la yang kak Anik bagi tu.
Bos : Ingat korang bungkus.
Aku : Sibuk la bos ni.
Jangan tak tau ye kitorang balik kuarters sama - sama. Ni kalau ada kaum wanita yang nampak confirm aku kena gantung laju - laju. Hohoho~ Elok je nak naik tangga,
Bos : Hari ni housemate saya dah balik
Aku : So? Oh malam ni bos tak keseorangan la kan.
Motif cakap kat aku kenapa? Aku tak faham betul la. Petang tu dia kena jumpa Puan Nor sebab dia nak dapatkan pencerahan pasal meeting kat Shah Alam. Masalahnya dia takut nak jumap Puan Nor. Macam la puan tu nak makan orang. Aleh - aleh kitorang pergi teman dia masuk pentadbiran. Alahai bos.
Balik dari pentadbiran muka dia agak kusut. Rupa - rupanya dia takut nak tinggalkan kereta dia kat Petronas. Dia kena tunggu pemandu kat situ lepas subuh. Kiranya lama jugak dia kena tinggalkan kereta tercinta dia tu.
Aku : Kenapa bos?
Bos : Macam mana nak tinggalkan kereta ni?
Aku : Puan Nor tadi cakap tinggal je kan kat Petronas tu.
Bos : A'ah.
Aku : Dah tu? Ala kalau bos takut sangat hilang, bos pergi beli rantai dengan mangga lepas tu ikat bawah pokok.
Bos : Kat Petronas mana ada pokok.
Aku : Pergi ikat kat tank minyak.
Bos : Hantar boleh tak?
Aku : (Speechless. Biar betul bos ni. Suruh la housemate dia hantar.) Boleh je.
Bos : Awak boleh solat tak?
Aku : Boleh.
Bos : Kita gerak lepas subuh.
Tengok - tengok je pagi tadi kereta dia dah tak ada. Dia dah pergi tanpa aku. Hahaha~ Sama ada dia pergi ke Shah Alam dengan kereta dia sendiri ataupun dia terpaksa letak kat Petronas lepas tu naik dengan pemandu. Series aku cakap lama - lama aku duduk satu office dengan bos ni mau tercabut otak aku melayan karenah bos yang kuat belok - belok ni. Tapi dia memang sporting plus down to earth. Perh!! Tapi esok aku last kat unit aku. Sedih nak tinggalkan bos baru!! Huhu~ Lepas ni aku mesti teringat je dekat bos aku tu. Huwaaaa!!!
No comments:
Post a Comment