Saturday, December 12, 2015

~You are my man and always in my heart~

Assalamualaikum..

Nampak tak title kat atas tu? Kelas kan? Hakhakhak..Coretan kali ini it's about TJ..Semua tau kan siapa TJ tu..Dan semua tau pasal dia..Dalam seminggu kisah dia jadi viral kat media sosial dan akhbar - akhbar tempatan..Anak Sultan Johor kot..

Dari zaman aku study dulu aku dah mula stalk pasal TJ..Itu pon sebab kembar aku yang bagi tau anak Sultan Johor ada yang handsome..Hahaha..Mata keranjang aku ni..Tapi memang hakikatnya TJ sangat handsome + putih + kurus + tinggi lampai dan yang penting baik hati..

Melting kot
Apa yang aku tau pasal TJ masa dia hidup sikit je..Apa yang aku tau dia terlibat dengan sukan layar..Pencinta haiwan..Lepas tu pasal penyakit kanser hati..Last aku fokus kat TJ bila ada rancangan Majalah 3 pasal kemahkotaan Sultan Johor tak silap..Memang aku fokus gila bila part TJ..Dalam rancangan tu dia cakap TJ ada kanser hati..

Sampai la tanggal 5/12/2015 bila aku tengok moment wechat kawan aku..Aku tengok kawan aku tulis al-fatihah..Bila aku zoom gambar aku terpana..Impossible! Dah la masa tu aku nak tutup kedai..Tiba-tiba dapat berita yang TJ dah mangkat..Aku punya sebak tak payah cakap la..Aku ingat dia dah sembuh 100%..Rupa-rupanya kanser dia dah tahap 4..Tapi sepanjang hari tu aku rasa sedih nak nangis tapi tak tau untuk siapa dan kenapa..Rupa-rupanya TJ mangkat..

Balik kerja tak pernah-pernah nak tengok Nightline..Tapi demi TJ aku tengok..Sah dia mangkat..Bergenang air mata aku..Walaupun aku membesar kat Selangor tapi aku tak boleh lupakan tempat lahir aku Johor..So aku berkongsi duka dengan rakyat Johor because I'm Johorian too..Malam tu aku bukak Youtube aku tengok segala yang berkaitan TJ..Yang paling mencuit hati part dia kejutkan nurse sampai melatah kot..Agak nakal jugak TJ ni..

Tapi tu semua tinggal kenangan..Bagi aku beruntung siapa yang mengenali dan yang pernah ada di sekeliling TJ..Walaupun dia anak Sultan Johor tapi dia sangat humble + down to earth..Tengok ayahanda dia la macam mana..Makan kat warung tepi jalan pon cool je! Dan hasil carian aku kat pakcik Google banyak blogger cerita pasal dia..Ternyata dia sangat baik..Banyak jasa dia yang tak ternilai..Walaupun umur dia baru 25 tahun masih muda tapi dia sangat disenangi rakyat..Aku tengok semua orang suka kat dia..Putera raja berjiwa rakyat!

TJ ni dia tak pilih bulu la senang cerita..Dengan semua orang dia bergaul..Ada sorang blogger ni cakap dia ni la anak Sultan yang curi-curi keluar istana nak jadi orang biasa, siap pergi pasar malam, lepak kat pantai macam orang kebanyakan..Siap aku tengok ada je gambar dia makan dengan nurse ramai-ramai kat meja biasa je, siap makan pakai tangan tak ada guna sudu..

Aku sangat sebak bila terbaca warkah dari kekandanya TMJ dan ibundanya..Siap mengalir air mata aku..Tak berhenti pulak..Sangat meruntun jiwa..Aku pon sempat tengok video istiadat pengebumian dia..Sangat pilu dan menyayat hati..Rakyat rata-ratanya meratap kemangkatannya..

Sifat penyayangnya terserlah
Aku suka tengok gambar kat atas ni..Untungkan siapa jadi baby tu..Dan tak salah rasanya aku jatuh cinta kat dia..Tapi apakan daya Allah lebih sayangkan dia..Semoga Allah membalas segala jasa baik TJ semasa hayatnya dan ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman..Setiap kebaikan pasti ada ganjarannya..Bersemadilah engkau dengan tenang di sisi pencipta Mu..Semoga bertemu sang bidadari nanti..Rest in peace TJ..Al-fatihah..

Friday, July 24, 2015

~ Hai Selamat hari raya ~

Assalamualaikum..

Selamat hari raya uols. Walaupun dah masuk 9 Syawal tapi belum terlambat nak ucapkan Selamat berhari raya.

Tahun ni tak berapa nak meriah uols.
Al maklumlah harga barang semua naik. Semua save bajet. Walaupun dapat bonus + gaji awal tu tak semestinya kena habiskan semua duit tu. Elakkan pembaziran nok! Tengah banyak duit ni kena la beingat.

Sempena di hari raya hari yang mulia ni mak hayam nak menyusun 10 jari mintak maaf halalkan makan minum. Mai la beraya rumah mak hayam. Dijamin tak dapat duit raya nok! Untuk kanak2 rebina ada la. Untuk mak2 + bapak2 rebina nan hado ye!

Tahun ni tak macam tahun lepas. Tahun ni masing2 dah kerja. Komitmen dekat kerja lagi penting dari baraan kan. Harus la uols. Ko tak kerja datang dari mana pulak duit tu?

Oh mak hayam bermurah hati nak belanja gambar. Jap ye.

1st Raya at Sg. Haji Dorani


2nd Raya at Changkat Lada



8th Raya rumah Siti




Tak banyak pon snap gambar. Tu je yang mampu. Sebenarnya sempena raya ni ada insiden yang tak sepatutnya berlaku. Group mak hayam ni tetiba pulak buat hal. Umpama retak menanti belah je jah. Sangat tak sangka persahabatan kitorang dari zaman kanak2 rebina seakan berakhir.

Isu tak besar mana pon tapi benda macam tak boleh settle. Sampai mak hayam berlinang air mata disebabkan sorang Pak Mat ni mematahkan luahan hati mak hayam.

Mana yang tak tersentap bila dia cakap kalau nak cakap tu cermin diri dulu. Hanya Tuhan je yang tau betapa sedihnye hati mak hayam. Sampai hati die cakap camtu. Tapi mak hayam sadokan je hati ni walaupun tak sado hakikatnya.

Tapi benda dah lepas kan. Buat apa nak dikenang. Buang yang keruh ambil yang jernih. Kalau yang keruh tu asyik disimpan je tang mana nak dapat yang jernih.

Note : Jaga perasaan orang lain dulu kalau orang nak jaga perasaan kita


Friday, May 1, 2015

Labour Day

Assalamualaikum..

Hari ini merupakan public holiday bagi penjawat awam mahupun swasta. Nak2 pulak hari pekerja jatuh hari jumaat lepas tu bersambung sabtu ahad plus hari isnin Wesak day..Cuti straight 4 hari kot. Untungla..So happy holiday guys!
Bagi life aku untuk tahun 2015 tak pernah merasa public holiday ni apatah lagi cuti weekend..

Akhir January aku dah start duduk dengan sissy aku kat Meru..Cari kerja punya pasal..Aku cuma bertahan kerja kat tempat first ni selama 2 minggu je..Tak tahan punye pasal nok nak meredah jem bagai..Kereta mak ni manual Jah..Lain la kalau auto tak ada la kaki ni buruk dok tekan clutch! Apa la nasib..

Atas dasar perikemanusiaan aku punya sissy suggest resigned keje kat tempat tu..Yela mana tak letihnya pukul 5.30 dah bangun bersiap, pukul 6 dah gerak, around pukul 7.10 dah kena sampai sana..Pernah la aku balik sampai rumah pukul 8.30 malam..Sepanjang jalan just guna gear 1,2 & 3 je! Hoi kaki mana yang tak sakit kalau dok tekan tu je? Kalau sebulan camne la agaknya..

Cadangan kakak aku tu aku terima 100%..So aku pon try usha kerja area rumah je..Sekurang-kurangnya tak kena tol tak meredah jem..Jimat minyak pon 1 hal..Usha punye usha Alhamdulillah dapat kerja area rumah..Kan indah gitu..Tak ada la kena bangun awal..Alhamdulillah sekarang dah dekat 3 bulan aku kerja..Aku suka sangat dengan kerja aku walaupun just part-time plus kerja sementara sebelum dapat kerja tetap..

Bos aku tersangat la baik..Memang aku tabik la kat bos aku laki bini..Kerja tak stress & yang penting gaji boleh tahan..Gaji aku yang cuma part-time ni dah nak hampir dengan gaji orang yang full time..Sayang bos laki bini :-)

Tapi........
Siap ada tapi lagi tu..Tapinya kerja aku ni tak ada cuti..Cuti aku hari isnin je..Wedding kawan aku pon aku tak balik..Siap aku tak tau dia dah nikah..Kalau ada orang buat wedding hari isnin memang aku boleh join..

Tapi tak apa la aku kerja ni pon untuk family aku jugak..Walaupun tak boleh hulur banyak sikit pon jadi la..Dari tak ada langsung kan..Memang la dorang tak harapkan duit tapi apa salahnya kita bagi..Selama hidup aku 23 tahun family aku la yang banyak keluarkan duit..So masuk umur aku yang ke 24 aku try nak memberi pulak :-)

Apa yang penting kerja tu kena ikhlas..Baru la ada keberkatan plus kita akan rasa happy je dengan kerja kita tu..Kerja tu kerja jugak tapi hubungan dengan Allah kena jaga..Solat jangan sesekali tinggal..Tu yang penting ! :-) :-) :-) :-) :-)