Friday, July 24, 2015

~ Hai Selamat hari raya ~

Assalamualaikum..

Selamat hari raya uols. Walaupun dah masuk 9 Syawal tapi belum terlambat nak ucapkan Selamat berhari raya.

Tahun ni tak berapa nak meriah uols.
Al maklumlah harga barang semua naik. Semua save bajet. Walaupun dapat bonus + gaji awal tu tak semestinya kena habiskan semua duit tu. Elakkan pembaziran nok! Tengah banyak duit ni kena la beingat.

Sempena di hari raya hari yang mulia ni mak hayam nak menyusun 10 jari mintak maaf halalkan makan minum. Mai la beraya rumah mak hayam. Dijamin tak dapat duit raya nok! Untuk kanak2 rebina ada la. Untuk mak2 + bapak2 rebina nan hado ye!

Tahun ni tak macam tahun lepas. Tahun ni masing2 dah kerja. Komitmen dekat kerja lagi penting dari baraan kan. Harus la uols. Ko tak kerja datang dari mana pulak duit tu?

Oh mak hayam bermurah hati nak belanja gambar. Jap ye.

1st Raya at Sg. Haji Dorani


2nd Raya at Changkat Lada



8th Raya rumah Siti




Tak banyak pon snap gambar. Tu je yang mampu. Sebenarnya sempena raya ni ada insiden yang tak sepatutnya berlaku. Group mak hayam ni tetiba pulak buat hal. Umpama retak menanti belah je jah. Sangat tak sangka persahabatan kitorang dari zaman kanak2 rebina seakan berakhir.

Isu tak besar mana pon tapi benda macam tak boleh settle. Sampai mak hayam berlinang air mata disebabkan sorang Pak Mat ni mematahkan luahan hati mak hayam.

Mana yang tak tersentap bila dia cakap kalau nak cakap tu cermin diri dulu. Hanya Tuhan je yang tau betapa sedihnye hati mak hayam. Sampai hati die cakap camtu. Tapi mak hayam sadokan je hati ni walaupun tak sado hakikatnya.

Tapi benda dah lepas kan. Buat apa nak dikenang. Buang yang keruh ambil yang jernih. Kalau yang keruh tu asyik disimpan je tang mana nak dapat yang jernih.

Note : Jaga perasaan orang lain dulu kalau orang nak jaga perasaan kita


No comments:

Post a Comment