Tuesday, July 9, 2013

Ramadhan telah tiba + meluahkan rasa

Assalamualaikum...

Wah tak sangka esok dah nak puasa. Lepas tu pejam celik pejam celik dah raya. Nasib baik baju dah siap. Saje nak mention. Haha~ Dikesempatan ini aku nak mengucapkan selamat berpuasa kepada manusia-manusia kat bumi ni (yang muslim la kan)

Tahun ni aku tak berpuasa dengan famili aku sebab aku dah kembali ke bumi Nilai atas tugasan yang perlu dilaksanakan. Sort of sobbing di sini. Hoho~ Aku kena wat thesis sebenarnya untuk final year. Tu la pejam celik pejam celik dah nak masuk tahun empat. Cepat je masa berlalu kan. Macam sekarang ni la. Masa aku terbuang macam tu je. 1 apa pon aku tak taip lagi. Sebabnya aku dok ralit baca novel. Dah 2 novel aku khatam. Buku rujukan untuk thesis tak sentuh lagi. Camne nak siap kerja ni Mak Lijoh?

Tadi aku pergi masjid sebab nak merasa terawih dengan kawan-kawan. 2 kereta gerak. Aku fikir tak ramai la yang berjemaah kat masjid. Sekali datang kau! Tak tau nak parking kat mane! Ah bedal la. Tepi jalan pon tepi jalan la. Perh memang tak tau nak kata apa la kan. Bapak ramai gila! Walaupun tak sambut puasa dengan famili tapi still best sebab kawan-kawan ada. Time ni la kena berdikari kan. Dah besar panjang kan! :-)

Aku nak recap benda yang dah jadi sebelum ni. Petang tadi dengan jayanya kitorang pergi pasar malam. Kawan aku la yang mengajaknya. Beriye kot! Tapi kitorang (aku + kemba aku) tak beli apa pon. Hak lagi sorang tu kemain membeli sakan. Yela konon konon esok nak puasa, so hari ni makan puas puas la. Ingat kan banyak banyak tu die punya. Aleh aleh bila nak masuk kereta, die boleh cakap....

Die : Ala camne nak kasi ha?
Kitorang : Kasi mende?
Die : Ni ha makanan makanan ni. Awak tau tak ni sape punya?
Kitorang : Sape?
Die : Lokman

Kitorang sengih je la. No wonder la mengajak pasar bagai. Rupa rupanya ada udang galah di sebalik mee maggi. Gitu~ Tapi die cakap kebetulan je. Tak kisah la kebetulan ke apa yang penting dorang macam ada jodoh gitu. Kitorang suka je kalo dorang tu "jadi". Sweet kot! Ramai yang jeles kalau nampak dorang berdua ni. Omo! \0/

Ok stop cerita pasal dorang. Dengan aku sekali jeles kalau cerita pasal dorang je. Aku nak mengenang kisah semalam sebenarnya walaupun tajuk post kat atas tu takde kaitan dengan apa yang aku nak cerita ni. Al kisah bermula bila aku, kemba aku, fara, ayu dengan kak asi pergi kat satu universiti....(dirahsiakan) hahaha~ sebab nak cari bahan bahan untuk thesis. Memang banyak gila rujukan yang aku jumpa. Naik pening aku tengok. Bila dah puas tawaf kat main library, kitorang pergi kat library lain pulak tapi still dalam U yang sama. Time nak gerak ke lib lain tu, hujan pulak turun. Dah la jalan kaki, nasib baik tak lebat sangat. Kitorang terpaksa menyelit nyelit kat bangunan fakulti mende entah semata mata nak ke library tu. Nampak kan semangat kitorang tu. Masuk masuk memang kena ikut procedure la kan. Tinggal kad matrik lepas tu tulis nama kat buku (untuk student luar je). Dah setel kitorang pon bergerak ke rak buku, yela nak cari buku kan. Dok ralit mencari tetibe akak kat kaunter tu datang..

Akak kaunter : Akak nak cakap sikit ni, kalau nak keluarkan buku dari raknya kena ada procedure die
Aku : Oh yeke. Camne kak?
Akak kaunter : Kene isi borang lepas tu ambik penanda
Aku : Kalau saya tengok dulu buku lepas tu dah jumpa baru isi borang boleh tak?
Akak kaunter : Boleh je

Time aku nak ke rak buku semula ade la sorang staff ni tetibe tegur aku

Die : Awak nak ke mana tu?
Aku : Nak tengok call number
Die : Make sure kalau nak cari buku tu dah tau call number die ape (dalam nada kerek)
Aku : Ok!

Eh eh eh eh mamat ni poyo la pulak! Kang aku bagi sedas dua baru ko tau. Lepas tu aku, kemba aku dengan ayu kena panggil dengan mamat poyo tu kat kaunter.

Die : Ni dari U mana?
Aku : Usim
Die : Nak cari buku kat sini ada rule die. Cari kat Opac dulu lepas tu isi borang, bukan main redah je.
Aku : Kalau kita tak jumpa buku yang kita nak tu camne?
Die : Tajuk die apa? Call number sekali
Aku : Ha apa kata encik tolong cari kan satu untuk saya
Die : Saya boleh cari kan satu je, yang lain cari sendiri

Eh dah ko tu dasar pemalas! Duduk kat kaunter membesarkan badan je! Kalau ko handsome takpe! Ni la dah la bajet handsome (tak handsome la maksudnya kan hahaahahhaha) lepas tu perangai pon kureng je aku tengok. Langsung tak mesra alam dengan pelanggan. Eh dah sah sah kitorang ni dari U luar yang tak tau apa apa pasal RULE dalam library tu, so apa salahnya awak yang duduk kat kaunter tu cakap elok elok, sopan sopan & explain pasal RULE yang ada. Ni tak, cakap pon dengan nada kerek! Bajej bagus la! Dush! Aku tak sarankan orang macam tu duduk tayang muka kat kaunter sebab die langsung tak membantu satu apa pon! Menyakitkan hati manusia sejagat ada la! Sebel je aku ni. Kan aku mintak die tolong cari kan satu buku, lepas tu die cakap boleh cari kan satu je, yang lain cari sendiri. Aku ingat die nak tolong cari dengan cara-jalan ke rak buku + cari kan. Ala setakat cari kat dalam data yang buku tu valid baik tak payah. Macam tu bukan setakat satu, tapi kalau sepuluh pon boleh kalau setakat die masukkan call number lepas tu sah kan buku tu ada ke tak. Ceh! Langsung tak guna tenaga Ok! Pemalas! Aku dah mula naik angin dengan mamat poyo tu (weh tak baiknya ko ngutuk die-ah peduli la-sape suruh cari pasal dengan aku). Aku apa lagi mula la buat adegan hempas hempas buku kat meja biar sedar sikit yang kitorang ni tengah bengang. Bukan setakat tu je, aku ngumpat die kuat kuat gitu (tak dosa kan) memang nak bagi die dengar pon! ok la tu ngumpat depan depan kan. Memang hari tu kurang bernasib baik sebab jumpa dengan mamat poyo tu. Dah la satu borang untuk satu buku je. Kalau nak buku lain kena isi borang semula. Leceh betul la. Bila aku isi semula & submit kat mamat tu

Die : Ni nak cari apa?
Aku : Tu (aku tunjuk kat borang tu )
Die : Call number mana?
Aku : Tu!

Weh dah sah sah aku tulis semua kat borang tu. Sibuk tak puas hati dengan aku apa hal! Harap je dah mata 4 tapi tak nampak jugak! Sebel la bercakap dengan mamat tu! Nasib baik yang lagi sorang tu baik hati. Bila adik aku tak jumpa buku, die tolong cari  (bukan cari pakai data tapi die berjalan ke rak + cari sampai jumpa). Kan elok kalau macam tu. Cuba la hak mamat poyo tu jadi macam die kompem orang respek suspek kat die. Ni tak perangai macam @#$$%%^&* entah apa apa. Nasib baik kitorang kejap je kat situ. Aku rasa kalau lama lama memang ada peperangan la kan. Aku rasa tak salah kalau kita tolong orang yang memerlukan kan. Dah sah sah orang tu dari luar, apa salahnya tolong sikit. Lepas tu banyak banyak kan senyum sebab awak tu duduk kat kaunter yang terang terang ramai orang memerlukan khidmat awak. Dah la awak tu staff salah satu U yang paling gah kat Malaysia ni, so perangai tu pon kena gah jugak la kan. Nanti apa tanggapan orang. Awak tu bawak nama U tau. Kalau ada peti cadangan dah lama aku tulis berjela jela pasal mamat tu.

P/s  : Budi bahasa budaya kita! Senyum sikit, bukan luak apa pon, tambah pahala ada la!

No comments:

Post a Comment