Alhamdulillah akhirnya tamat la sudah sesi pengajian aku sem 6 ni..Tinggal 1 sem lagi lepas tu praktikal..Aku sekarang dalam mood study n ade banyak paper lagi yang x habis..Tapi sibuk menggatal bukak blog lepas tu merepek entah pape kan..ko ingat menaip kat blog ni sejam dua siap ke? Tengah malam nanti baru siap agaknya..Orang suruh baca buku la bukan suruh bukak blog!!! Hoho~
Sepanjang sem 6 ni banyak jugak la aktiviti yang aku join..Tu yang x menang tangan kan..Cerite aku pasal aktiviti kat kampung bersempena cuti sem hari tu pon x sempat aku nak habiskan.. Biar la tergantung kat tengah jalan..Malas dah aku nak update pasal cuti tu..Sebabnya aku dah lupa jalan ceritanya..Hahaha~ Satu pon x ingat..Busy punya pasal kan..Tapi series aku cakap sem ni memang jadual pack..Lepas tu busy pulak dengan aktiviti SRM..Nak cakapnya hujung minggu aku memang xde kat bilik..Ada je hal..Orang penting la kononnya..:-)
Banyak cerita time aku kat sem 6 ni..yang kena gosip la ape la..X pasal aku sekali kene gosip dengan sorang mamat ni..Ha ni yang nak bukak cerita ni..Dorang ni entah hape-hape la..Start kene gosipnya time penghujung sem 5..Lepas tu merebak sampai sem 6 ni..Nasib baik sekarang dah stop..Boleh la aku hidup dengan aman dan sentosa..Asalnya aku dengan mamat tu x pernah tegur pon..Aku pon x sedar yang dia tu wujud..Sampai la kawan aku sorang ni boleh petik nama aku jadi S/U mamat tu..Yang tu ok lagi kan..S/U je kot..Dah berapa hari berlalu, boleh pulak mamat tu tepon aku..Nak tau sebab ape? Sebab dia nak tanya pasal assignment..Boleh pulak assignment kitorang sama kan..
Kebetulan dia call tu, aku dok kat Penang..al maklum la busy berjalan-jalan cari pasal..So dia call dalam 1/2 jam camtu la..Yang aku ni pon dok gatal offer souvenier dari Penang tu nape? Saja nak beramah mesra hoho~..Sah-sah la kena bagi kan..Dush! Time kuliah aku bagi la benda alah yang x seberapa 2..Offer lagi kan! Lepas tu la aku kena gosipnya..Alasan dorang yang menggosipkan aku "muka korang sama la" X paham aku dorang ni..Sah-sah muka aku x sama! Aku rasa kornea mata dorang dah terbalik kot..:-p
Ingat kan awal sem 6 ni, dorang dah x ngejek aku..Rupa-rupanya bertambah bilangan yang mengejek aku..Tambah-tambah pulak kitorang berdua terlibat menjayakan program untuk LA Padang sem ni..Yang penting aku wat dek je..Yang aku heran! X terkesan pon..Nak katanya aku sokmo terserempak dengan mamat ni..Lagi la dorang-dorang cakap aku + mamat tu = ada jodoh..Suka korang la!
Tapi bila lama-lama kena gosip camtu aku pulak yang rimas+ x sedap hati+ stress..Bila la dorang nak stop aku pon x tau..Sampai la adik aku cakap ko cipta la 1 watak..Then aku jumpa..Aku guna nama Muhammad Adam sebagai watak yang aku cipta jadi pakwe aku..Nampak childish tapi aku dah x fikir cara lain nak stop kan gosip liar ni..hahaha..Macam la ko retis kan :-p
Profil diri dia yang x wujud tu :
Nama : Muhammad Adam
Umur : 21 (muda 1 tahun dari aku)
Asal : Felda Lepar Pahang
Camne boleh kenal : Kat kenduri (bajet je)
Bila dorang start ejek aku dengan mamat tu, aku cakap la yang aku dah ada pakwe berdasarkan profil kat atas tu..:-) Dorang ada yang percaya ada yang tak..Yang x percaya tu, siap suruh aku tunjuk no tepon si dia yang x wujud lagi tu..Mana la aku nak cekau..Menipu lagi sapa suruh! Tapi aku teruskan je lakonan aku tu..Bayangkan la time aku kena gosip dengan mamat tu, siap mention2 lagi kat FB..Sapa yang x rimas jah? Tu yang aku nekad dengan idea x bernas adik aku tu..
Aleh-aleh aku tau mamat tu ada awek..Dush! Asal la ko x cakap awal-awal? Kan senang..Tidak la aku mereka cipta watak entah sapa-sapa tu..Ko ingat nak menipu tu senang ke?..Makcik Lijoh betul la dia ni..Dah tau ada awek cakap la terus terang..Ni bila kena gosip dengan aku muka dia selambe+sengih-sengih+teguh+gigih je kan..Nak je aku cepuk! Hesh! Tapi aku perasan mamat tu+aweknya dari sem 5 lagi..Tapi dorang x kecoh tu yang x merebak..Sebab tu ada yang x tau..Bila aku cerita benda tu, muka kawan-kawan aku yang suka sangat menggosipkan terus macam lepat pisang..hahaha~ lawak gila aku tengok dorang..Sekarang aku dah lega sebab dah xde lagi gosip-gosip liar ni..Aku pon dah x bercakap sangat dengan mamat tu..Yela program dah habis, so dah xde benda yang nak dibincangkan lagi kan..
Note:
- Jangan gosip-gosip kan orang ye..Kang ada yang makan hati
- Aku sekarang tengah gosipkan salah sorang kawan aku yang dulu kemain mengejek aku+mamat tu..kira balas balik la..hahahah..yang aku heran..
No comments:
Post a Comment