Thursday, February 21, 2013

Mengenang Waktu Dulu =) Part 1

Assalamualaikum..

Wah macam dah lama je tak menaip kat blog ni. Ok la bersempena dengan semester yang baru-baru bukak  ni, bersempena baru bayar brodband, sempat lagi rasanya kalau nak mengenang cuti-cuti hari tu. Banyak yang nak di story kan pasal cuti-cuti hari tu. Aku start dengan minggu ke-2 la sebab miggu pertama tu tak pergi mana-mana. Hari Isnin pagi bawak nenek aku ambik ubat + cari barang dapur untuk nenek aku + bawak nenek aku pergi rumah makcik aku + hantar balik nenek aku (Calon-calon cucu mithali :-p). Ni aku pergi sorang je sebab adik aku sibuk main badminton dengan kakak aku. Whatever la jah! Petangnya kitorang jalan-jalan kat pantai B.N.O. Jangan la suruh aku pergi mana-mana sebab esok-esoknya aku takkan berhenti merayau (memang non stop pon) Pantai ni la tempat kitorang biasa melepak kalau semua balik kampung. Tak sah kalau tak jejak kasih kat pantai ni. Menu still sama tapi kitorang tak jemu pon.Kebetulan kitorang pergi tu air tengah pasang. Yeay! (Konon-konon dapat menghayati keindahan pantai la). Antara wajah-wajah yang terlibat dengan rombongan jejak kasih  ke B.N.O tu.

Rehan & Lela
Gojes tu harus bagi dorang =p


Lela & Ayob
Dorang bukan kapel tau!

Ni Akmal!
Pemilik DSLR & my BFF

Adik aku
Muka kelaparan + muka mintak pelempang

Aku yang ralit tengok tv

Berposing kat Triton
Yang kat belakang tu terinterframe sekali

Lokasi yang paling sesuai bawah pokok

Nak diikutkan sepatutnya ada lagi sorang kawan kitorang yang join tapi dia ada hal last-last minute. Takpe kitorang tak kisah pon, biasa la kalau tengah bahagia dengan si dia kan.(Sebenarnya kitorang semua tacing sebab dia tak pergi)

 Lupa nak cerita pasal menu apa yang ada kat situ. Menu dia berasaskan seafood macam udang, kerang. Yang paling femes Mee udang dia. 1 pinggan RM5 tapi berbaloi sangat sebab banyak gila + udang dia dalam 10 ketul macam tu la. Kalau share pon takpe. Walaupun pilihan makanan dia tak banyak tapi time kitorang pergi tu tak payah cakap la ramai gila yang berkunjung nak makan. Rehan dengan aku makan nasi goreng, adik aku dengan Lela makan mee udang, Akmal dengan Ayob aku tak ingat la tapi yang penting hari tu si Akmal bermurah hati nak belanja =) Sayang ko Mal!!!

 Esok petangnya pulak muka-muka yang sama ni jugak keluar pergi Sg.Besar temankan si Lela carik barang. Sorang masuk kedai tu, yang lain pon ikut je. Sampai la kat pasaraya Billion si BFF aku tu order nak Spageti bagai. Terpaksalah carik barang nak buat Spageti sebab malam tu jugak dorang nak datang makan. Macam takde hari lain je gayanya.Sebelum balik rumah, si Lela bagi cadangan berkelah kat tepi pantai Haji Dorani, makan-makan aiskrim (Lela belanja). Sweet kan. Macam dah takde kerja lain. Malam tu dorang datang pukul 8.30. Bapak aku pon belum balik surau lagi. Tapi bapak aku dah biasa dengan dorang ni so selambe jela. Sembang punya sembang, mengumpat punya mengumpat pukul 11 malam dorang baru balik. Tak ke bertuah namanya tu! Yang si Rehan tak datang sebab mak bapak dia takde kat rumah tapi dia sempat pesan suruh tapau Spageti untuk dia. Mujur rumah dekat boleh la dorang hantar. Nasib ko la Ayob, dah ko yang bawak kereta.

Hari Rabu hantar mak aku  pergi klinik. Bukan aku yang hantar tapi adik aku. Aku sakit perut gila-gila - tak larat bangun. Sepatutnya pagi tu aku kena ambik nenek aku sebab dia nak tidur rumah kitorang. Tapi dengan rumah bersepah + tak larat nak bangun so nanti-nanti la ambik nenek. Kang nenek aku membebel pulak tengok rumah yang tak gaya rumah tu. Petang tu lepas asar kitorang pergi ambik.

Hari Khamis pagi bapak aku suruh keluarkan duit pergi bayar bil letrik & bayar hasil. Kalau setakat bayar bil letrik tahan la lagi even tak pernah buat sebab tinggal ambik no giliran, bagi bil + duit dah setel. Tapi bila aku masuk tengok-tengok pakcik-pakcik semua yang bayar bil. Memang pakcik-pakcik ke yang biasa bayar bil ni? Part bayar hasil ni aku pening sikit sebab kena tunjuk geran tanah bagai + resit bayaran tahun lepas. (adik aku yang bayar - sebab aku dah bayar bil letrik)  Penat aku menggeledah dalam beg, mujur betul. Berapa kali ulang alik ke kaunter sebab tak paham jalan cerita!!! Yang kitorang paham pasal geran-geran ni. Hahahaha.

Petang kat tempat aku ada pasar so kitorang sebagai anak yang paling baik pergi la carik barang dapur. Sebab dah biasa so takde hal la. Sampai-sampai je kat pasar si Akmal a.k.a BFF aku tu dah terpacak kat situ tunggu kitorang. Nasib ko la nok tunggu kitorang. Lepas je beli barang-barang dapur,banyak jugak la (barang-barang tu Akmal yang angkat) hahaha, kitorang tunggu Rehan sebab dia nak pulangkan mangkuk tingkat Spageti tu. Yang bestnya dia tak pulangkan kosong je tapi dia isi Tiramisu, dia buat sendiri. Mak ai, pandai gila dia buat benda alah tu. Aku yang dengar dia cerita camne nak buat benda alah tu pon tak paham-paham.

Esoknya kitorang buat laksa. Kebetulan si Rehan mengidam nak makan laksa so aku mesej dia & kawan aku yang lain suruh datang. Dorang kalau datang kerjanya melantak je. Aku tak kisah pon. Tu laksa ke-2 kitorang buat. Selama ni aku tak pernah & tak tau nak buat. So atas bantuan Hajar (dia bagi resepi + cara-cara nak buat) akhirnya menjadi. Yang first trial tu aku bagi makcik aku rasa sebab makcik aku ni terer bab masak-masak ni. Lepas dapat komen yang memberangsangkan dari makcik aku, aku buat lagi sekali. First trial tu jugak aku bagi bapak aku rasa. Bapak aku pandang pelik kat laksanya siap tanya ni laksa ke lontong? Nak tau sebab apa? Adik aku rebus lama sangat. Hahaha (Gagal sekali tak bermakna gagal selamanya!) Untuk kali ke-2 kitorang buat molek-molek sikit, kang kena gelak dengan bapak aku lagi. Alhamdulillah laksa ke-2 berjaya! Siap kawan kitorang cakap laksa yang kitorang buat macam laksa mak dia. Ni semua poyo je! (Padahal bangga)

Hari Sabtu pulak seperti yang dijanjikan kitorang (aku, adik aku, Akmal & Ruzi) nak pergi carik pusat tahfiz sebab nak buat kerja amal time cuti raya Cina. Dari tak buat apa-apa + melepak tak tentu pasal + membesarkan badan baik kitorang buat benda yang berfaedah kan.Kitorang ada group sendiri, Ruzi ketuanya & dia la yang cadangkan buat kerja amal tu. Bagus jugak idea dia tu kan. Tempat mula-mula kitorang pergi tu takde pengetuanya (keluar pergi mana entah) so kitorang terus cancel + semua lelaki kat situ +  camne dengan kawan-kawan perempuan kitorang nak buat kerja (segan kot). Kitorang pon try carik tempat lain. Jumpa tu jumpa + pengetua pon ada tapi still tak boleh jugak sebab semua lelaki, ramai gila! Aku yang segan masuk kawasan dorang (dorang pandang pelik - macam nampak alien ko tau tak!) Si Ruzi pon ajak bincang kat kedai makan pasal tempat ke-2 ni (Ruzi belanja makan). Sekali tengok gambar yang sempat Ruzi snap (kawasan yang konon-konon kitorang kena bersihkan), MasyaAllah!!!!! Macam @#$%*><^&* Tak tau nak cakap camne, tak boleh nak gambarkan dengan kata-kata. Memang cancel terus. Pergi pulak tempat lain & alhamdulillah pengetuanya ada + budak perempuan pon ada so kitorang pon terus setuju. Balik-balik penat tapi tak boleh tidur sebab si Akmal pulak nak datang bergosip. Dia ni kalau dah bertandang kat rumah aku, bukan setakat kitorang je diajak bergosip, dengan mak aku sekali diajaknya. Mak aku pon suka sembang dengan dia ni sebab dia ni banyak mulut!. Hahaha

Note: Untuk minggu ke-3 kat entri akan datang
        : B.N.O tu refer kepada Bagan Nakhoda Omar


No comments:

Post a Comment