Sunday, January 20, 2013

Dan sebenarnya...



“Weh Liya kitorang gerak depan dulu ek..”
“Ha yela, aku nak duduk sini dulu. Best jugak kalau dapat snap gambar sekeping dua..”
“Banyak la ko punya sekeping dua. Ko tu kalau dah melekat dengan kekasih hati ko takde maknanya sekeping dua, berpuluh-puluh keping maunya kan”
“Hahaha. Tau takpe, nanti kalau korang dah habis berjogging a.k.a berdating tu bagi mesej ek, nanti aku boleh terus pergi dekat kereta”

Untung la diorang boleh berjogging dengan orang yang tersayang. Tu berjogging ke berdating..? Saja je nak panaskan aku. Tadi bukan main alasan mengajak aku

 “weh petang ni jom jogging ,dah lama kan kita tak jogging”

Hampeh la diorang ni. Sepatutnya diorang  cakap jela camni

 “weh petang  ni  jom temankan kitorang dating, dah lama tak temankan kitorang  dating..”

Malu-malu pulak!

Aku macam ni la. Still single and masih available. Siapa nak masuk meminang sangat dialu-alukan..:) (promot diri nampak – haruslah – market yourself ok!) 

Ok, let me introduce myself first. Nama aku Nur Aliya, boleh panggil Liya, nak panggil apa-apa pon boleh as long as nama tu sedap kat telinga aku akan respon “ya..ada apa?” (plus senyuman comel)  Aku kerja dekat ArtStudio (kawan aku punya).  Dah setahun jugak la aku berkecimpung dalam dunia fotografi ni. Aku memang minat snap gambar dari zaman aku kat universiti dulu. Semua gambar yang aku snap kawan-kawan aku suka, diorang kata aku ada style la ape la. Disebabkan minat aku yang mendalam pasal snap-snap gambar ni, kawan aku ajak jadi pembantu dia kat studio. Pucuk dicita ulam mendatang beb! So, aku terima dengan serta merta. Dari ko takde kerja baik ko jadi pembantu dia kan? Gaji pon ok la untuk aku yang single ni.

**********************************************************

“Ya Allah cantiknya pemandangan petang ni. Tak sia-sia aku temankan diorang.”

Tiba-tiba je berterima kasih kat diorang.

Klik! And …..

“Eh, asal macam familiar je muka mamat dalam kamera ni? Ke pelanduk dua serupa? Impossible la..”
“Ehem. Ok tak gamba aku tadi? Penat aku posing”
“Aaa..Ok je. Cantik..aaa..sweet sangat.”
Apa aku merepek ni?  Takkan baru tengok mamat handsome camni dah gagap?
“Boleh aku tengok tak?”
“Nah.”
“Cantik. Ko memang photographer ke?”
“Amatur je.”
“Oh, ok. So, boleh tak kita berkenalan?”
“Ha?? Berkenalan..? Aaa..tak..”
“Ha? Tak boleh?”
“Maksudnya boleh..aaa, boleh sangat.”
 Ko ni dah kenapa?
“Ok, nama aku Akram Zakry, panggil Kery.”
“Nama aku Nur Aliya, boleh panggil Liya.”
“Selamat berkenalan” serentak beb.
“Liya, jom kita duduk kat sana, boleh sembang-sembang kejap.”
“Oh, ok.”

“Kery..”
“Ya..kenapa?”
“Nak tanya something ni, dari tadi aku nak tanya.”
“Tanya je la.”
“Emm, ko ni model iklan kat tv tu ke?”
“Yup.” simple giler jawapan dia.
“What????” ni dah teruja tahap gaban.
“Slow la sikit suara ko tu. Tak payah la jerit kuat-kuat. Aku ni duduk kat sebelah ko je pun. Tadi ko yang tanya aku, ni aku dah jawap ko pulak menjerit. Asal ko ni? Kurang makan bayam ke haper..?
“Sorry la weh, aku cuma teruja plus terkesima plus tak percaya yang kat depan mata aku sekarang ni berdirinya seorang model yang tengah meningkat naik namanya”
“Aku tengah duduk sekarang ni. Berdiri apanya..?”
“Hehe, maksud aku duduk la tadi tu” cover sikit
“Ko tak payah la nak terkesima bagai. Buat biasa-biasa je. Macam kawan-kawan. Ok?”
“Ok, lagi satu aku nak tanya. Bukan kalau dalam tv nama ko Zack ke? Asal ko kenalkan diri ko tadi Kery?”
“Ooh yang tu..aku tadi bajet tak nak orang kenal aku. Sebab tu la aku cakap nama aku Kery. Cuba aku cakap nama aku Zack awal-awal tadi, mesti tak cukup tanah ko nak lompat kan?” bajetnye la~
“Hamboi, boleh tahan ko ni. Perasan”
“So, Zack ke Kery?”
“Aku nak kawan-kawan aku kenal aku dengan nama Kery. ”
“Oh, l see.”
“Eh, dah la. Kita lupakan pasal ni, kita cerita pasal diri masing-masing. Boleh?”
“Boleh je” plus senyuman manis.
“Ko memang selalu datang sini ke Liya?”
“Takde la. Kadang-kadang je aku datang tu pun kalau kawan aku ajak, kalau tak ajak takde maknanya aku nak datang sini. Ko pulak memang selalu ke lepak sini?”
“Tak jugak. Kalau takde shooting or rasa ada mood nak lepak sini aku datang la. Kalau tak memang tak la aku nak datang.”

**********************************************************

 “Weh cuba teka time korang pergi jogging a.k.a dating tadi, aku jumpa siapa?”
“Siapa?”
“Akram  Zakry.”
“Akram Zakry mana ko ni?”
“Akram Zakry a.k.a Zack a.k.a model iklan tu la”
“What?? Weh ko tak payah la nak tipu kitorang. Agak-agak la kalau ko admire kat dia tu..”
“La..muka aku ni ada rupa penipu ke? Nah tengok sendiri. Ko fikir aku ni tergamak ke nak tipu kawan aku sendiri..?”
“Weh beb..asal ko tak mesej kitorang tadi? Sampai hati ko..”
“Aik, bukan ke korang sibuk jogging a.k.a dating tadi? So aku tak nak la kacau daun kan..”
“Macam ni la kawan. Tak nak la kawan dengan ko..”

Balik-balik aku terus je import gambar ke laptop. Point sangat kan :p Aku bukannya apa, perasaan teruja tu still ada. Tak sangka rezeki aku kali ni boleh jumpa dengan dia..
Lepas je dari hari aku terjumpa dia, aku kerap pergi taman tu..hehehe..siap aku tanya kawan-kawan aku yang lain.

 “Weh tak nak pergi jogging ke..? Rasa dah lama tak pergi jogging kan?”
“Sejak bila ni beb? Setau aku ko suka snap gambar je kan kalau pergi taman tu..Ke ko nak buat-buat terserempak dengan si Kery tu.”
“Weh tak baik la ko ni..” muka tergedik-gedik sibuk nak nafikan..
“Yela-yela kali ni aku temankan ko ‘berjogging’ pulak ye.”


“Hai Cik Lia..tengah snap gambar ke?”
“Hai Encik Kery..eh mana ada snap gambar..tengah tanam bunga ni” dah nampak tanya lagi kan..
“Sarkastik la ko ni. By the way ni kawan aku, kenalkan ni Irwan boleh panggil dia Wan. ”
“Hai..nama aku Nur Aliya, panggil Lia je.”

Sejak dari hari tu aku, Kery & Wan selalu lepak sama-sama kat taman tu. Tapi kitorang tak pernah buat temu janji nak jumpa. More kepada kebetulan la. Kalau Kery busy, aku lepak dengan Wan, kalau Wan busy aku lepak dengan kery, kalau aku busy Kery dengan Wan jela..(pandai-pandai korang la nak lepak dengan siapa..)

First impression aku dekat si Kery ni (before jumpa dia) , seorang yang belagak, bajet bagus, playboy, and sewaktu dengannya. Faham-faham je la tanggapan orang biasa dekat  public figure ni kan. Tapi bila dah kenal, dia ni biasa je-macam orang lain. Yang membezakan kitorang adalah kerjaya. Tu je.

“Wan, Kery mana? Selalu dia datang. Ni dah dekat dua minggu aku tak nampak batang hidung dia. Wujud lagi ke tak dia tu kat bumi ni? Ke dah pindah ke Pluto..?”
“Kery? Jangan risau la weh. Still bertapak kat bumi ni, cumanya dia agak busy sejak dua menjak ni. Plus dia dah bertunang.”
“What?? Bertunang??” pedihnya hati aku..
“Yang ko terkejut beruk ni dah kenapa? Kery tak bagitau ko ke dia nak bertunang?”
“For your information, kitorang tak pernah tukar phone number.”
“So, ko tak tau la ni?” E’eh si Wan ni, tanya lagi.
“Tak, kalau dia bagitau takde la aku terkejut bagai nak rak gini. Bila dia bertunang?”
“Minggu lepas. Cun giler tunang dia..!” Ko saje je kan nak buat aku sakit hati.
“Ooh yeke. Bertuah tunang dia kan,”
“Yang ko ni dah kenapa Liya? Lain macam je aku tengok. Ke ko patah hati?”
“Wan, aku tak layak untuk dia even dalam mimpi. So, takde istilah patah hati kat sini ye. Ok la Wan, aku balik dulu. Sampaikan salam aku kat Kery” hati aku dah makin parah ni.
“Eh, Liya. Rilex la weh, lepak dulu. Awal lagi kot nak balik. Liya..Liya..”

**********************************************************

“Liya..Liya..” perempuan ni tak dengar ke?
“Hoi Liya..!” siap ketuk meja gitu.
“Hmm..kenapa Siti?”
“Kenapa ko tanya aku? Hei, sepatutnya aku yang tanya ko tu yang kenapa?” Saba Cik Siti ooi~
“Aku? Kenapa dengan aku? Aku ok je” muka tak bermaya ada hati cakap ok.
“Aku tengok dah nak sebulan ko macam ni. Macam mayat hidup tau tak? Ko still fikir pasal Kery ke?”
“Kery? Apa kena mengena dengan dia?”
“Takde kena mengena dengan Kery ko cakap? Setiap hari perkataan yang keluar dari mulut ko Kery, Kery, Kery. Kery tu la, Kery ni la. Hari-hari ko dok ngadap gambar dia. Still nak nafikan ke Liya?” Pitching dah mula nak naik si Siti ni.
“Ni lagi satu, setiap petang ko pergi ke taman tu buat apa? Ko..”
“Cukuplah Siti. Aku tak nak dengar apa-apa lagi..!” Stressnya aku..

Akram Zakry. Satu nama yang boleh membuatkan hati aku terusik. Nama yang buat mimpi aku indah. Nama yang buat hidup aku tak tentu arah. Nama yang buat aku jadi macam ni. Aku dah tak tau nak buat apa. Siti pon dah membebel je kat telinga aku. Tak sepatutnya aku mengimpikan dia jadi pasangan hidup aku. Dia tu enggang, ko pulak pipit. Mana nak sama. Liya, ko kena berhenti dari fikir pasal dia. Tolong delete nama dia dalam hati ko. Kalau ko terus-terus fikir pasal dia, ko jugak yang makan hati. Lagi satu, ko tolong la berhenti pergi taman tu. Dah takde maknanya Liya! Ko jangan nak buat alasan nak snap gambar bagai. Buktinya satu  gambar pon ko tak snap kan? Ko tak payah la nak tunggu buah yang tak gugur, tak payah nak tunggu bulan jatuh ke riba. Tak payah semuanya! Dia dah jadi milik orang. Ko kena terima hakikat!.

“Eh, Liya. Lama tak nampak ko. Ko ke mana? Selalu jugak aku datang ke sini nak lepak dengan ko tapi haram nak jumpa. Ko busy ke?”
“La ko ke Wan. Ingat mamat mana yang nak try aku tadi. Sorry la bro, aku busy sikit sejak dua menjak ni. Maklum la rezeki tengah masyuk.”

 Hari-hari aku datang sini Wan. Aku nampak ko tapi aku tak nak lepak dengan ko dalam keadaan aku yang serabut. Aku takut aku terluahkan semua isi hati aku kat ko.

“Ha dah alang-alang aku jumpa ko ni Wan, aku nak jemput ko datang rumah hujung bulan ni. Ada makan-makan sikit.”
“Bab makan free confirm aku datang. Tak dijemput pun aku datang. Jangan risau. Makan free, makan free jugak, makan free sempena apa?”
“Aku bertunang Wan.” Straight to the point je jawapan aku.
“Liya, ko ingat lagi tak masa kita bertiga lepak sama-sama dulu? Ko pernah cakap ko tengah tunggu seseorang. Means bakal tunang ko ni ke?”
“Emm, tak la. Bukan dia orangnya. Memang aku pernah cakap aku tengah tunggu seseorang tapi orang tu tak tunggu aku pun. Orang tu dah pergi jauh dari hati aku. Aku dah putus asa Wan. Sampai bila aku nak tunggu buah yang tak gugur. So, aku ambik keputusan untuk lepaskan dia dari hidup aku.”
“Sebab tu la ko nak bertunang? Ko nak lupakan orang tu? Macam tu ke? ”
“Maybe.”
“Weh Liya, sejak bila ko usaha? Tau-tau dah putus asa ni. Apa cerita? Belum cuba belum tau la weh.”
“Wan, ko jangan nak mula boleh tak? Tak ye pun ko doa la untuk majlis aku tu. Gaya macam tak rela je aku bertunang. Ke ko syok kat aku?”
“Aku syok kat ko? Memang tak la kan.”
“Apa-apa la Wan. Weh aku rasa aku dah kena gerak ni. Kalau ko still nak bercakap, ko cakap la dengan pokok ni sorang-sorang.”
“Wan..emm..ajak la Kery sekali”
“InsyaAllah aku bawak dia. Gerak tu hati-hati”

**********************************************************

Keadaan kat taman ni tak berubah langsung macam setahun yang lepas. Banyak kenangan antara aku, Wan dan dia. Semuanya bermula kat taman ni.

“Kery, aku nak tanya satu benda ni. Ala suka-suka je. Kalau ko tak suka tak payah jawab”
“Mende?”
“Ciri-ciri perempuan yang ko suka camne ek? Ko kan public figure, famous gitu. Ko nak carik perempuan yang setaraf dengan ko ke?”
“Aku kalau boleh Liya, nak carik perempuan yang hot, seksi, manja, cantik menarik ko memang da bomb. Cukup pakej.”
“Aku dah agak dah taste ko camne. Public figure macam ko ni taste dia memang tinggi. Memang tak la kalau ko nak pandang perempuan yang biasa-biasa je kan.”
“Banyak la ko. Aku main-main je la tadi tu. Aku kalau boleh nak cari perempuan macam ko. Sejuk sikit mata memandang”

Aku tahu kata-kata dia tu hanyalah gurauan. Tapi aku yang salah dalam mentafsir, sampai aku jadi terlalu mengharap. Aku mengharap cinta yang tak pasti. Ah, daripada aku dok layan hati aku ni baik aku snap gambar.

1..2..3..Klik!

“Kenapa aku masih terbayang muka dia?”
“Ehem..ok tak gamba aku tadi..penat aku posing”
“Aaa..ok je..cantik.”
“Boleh aku tengok tak?”
“Nah.”
“Cantik..ko memang photographer ke?” 
“Yup. Professional punya.”

 Sepi. 
“Ko apa khabar Liya?”
“Sihat.”
“Sorang je? Mana suami ko?”
“Mana isteri ko?” Soalan dibalas dengan soalan.
“Hari ni takde sampan berlayar la. Setahun yang lepas setiap petang aku nampak.”
“Sampan berlayar apa ko ni Kery? Boleh tak ko tu cakap straight.”
“Setahun yang lepas setiap petang aku nampak sorang perempuan ni pergi ke taman, duduk kat kerusi ni, tulis something atas kertas , lepas tu dia buat origami sampan. Sebelum balik dia akan layarkan sampan tu kat tasik ni.”
“So, ko suka la tengok keadaan aku macam tu?”
“Aku tertanya-tanya kenapa perempuan tu sedih sangat. Tapi bila aku dah baca luahan hati dia baru aku tahu yang aku tak bertepuk sebelah tangan sebenarnya.”
“Eh Kery, apa maksud  ko ni? Setakat ko nak malukan aku atau nak sakitkan hati aku  dengan cerita setahun yang lepas, baik tak payah. Terima kasih jela.”
“Liya, kenapa ko tak tunggu orang tu?”
“Rasanya tak perlu sebab orang tu pun tak pernah tunggu aku.”
“Siapa cakap?”
“Kery, ko boleh tak cakap straight to the point? Aku malas nak berteka-teki ni!”
“Sebenarnya..sebenarnya..”
“Mende ko ni? Sebenarnya..sebenarnya dari tadi.” Sejak bila dia jadi gagap?
“Sebenarnya aku dah lama suka kat ko sejak setahun yang lepas. Cuma aku terambik masa yang terlalu panjang nak luahkan isi hati aku. Aku terlampau selesa dengan ruang yang ada, means ko kan selalu kat depan mata aku. Aku ingat bila-bila je aku boleh luahkan perasaan aku kat ko. Sampai la satu hari family aku aturkan pertunangan aku. Lepas aku bertunang aku tak berani berdepan dengan ko. So apa yang aku boleh buat, aku cuma boleh tengok ko dari jauh je.”
“Kery.. ko…”
“Hati aku sayu bila tengok air mata ko mengalir. Aku tak boleh buat apa-apa nak redakan ko. Cuma aku mampu berdoa biar hati ko tabah, kuat.”
“Liya, aku mintak maaf sangat-sangat sebab aku dah lukakan hati ko.”
“Takpe la Kery, benda dah lepas. Anggap jela kita takde jodoh. Aku pun tak daya nak tunggu buah yang takkan gugur.”
“Eh Cik Liya, siapa yang kata buah tu takkan gugur? Even buah tu tak boleh gugur dengan sendiri, ko tak boleh  ambik galah ke? Kait lah sendiri  confirm dapat.”
“Kery! Straight to the point please!”
“Aku tak kahwin lagi”
“Aku pon”
“Aku dah putus tunang”
“Aku pon”
“Sengal la ko!”  Part ni serentak.
“So, boleh kita berkenalan?”
“Ha?? Berkenalan..? Aaa..tak..”
“Ha? Tak boleh?”
“Maksudnya boleh..aaa, boleh sangat.” 
“Ok, nama saya  Akram Zakry, panggil Kery.”
“Nama saya  Nur Aliya, boleh panggil Liya.”
“Selamat berkenalan.”  Serentak lagi
“Liya, nak phone number boleh?”
“Boleh”



           ******************************Tamat******************************










No comments:

Post a Comment