Sunday, January 20, 2013

Dan sebenarnya...



“Weh Liya kitorang gerak depan dulu ek..”
“Ha yela, aku nak duduk sini dulu. Best jugak kalau dapat snap gambar sekeping dua..”
“Banyak la ko punya sekeping dua. Ko tu kalau dah melekat dengan kekasih hati ko takde maknanya sekeping dua, berpuluh-puluh keping maunya kan”
“Hahaha. Tau takpe, nanti kalau korang dah habis berjogging a.k.a berdating tu bagi mesej ek, nanti aku boleh terus pergi dekat kereta”

Untung la diorang boleh berjogging dengan orang yang tersayang. Tu berjogging ke berdating..? Saja je nak panaskan aku. Tadi bukan main alasan mengajak aku

 “weh petang ni jom jogging ,dah lama kan kita tak jogging”

Hampeh la diorang ni. Sepatutnya diorang  cakap jela camni

 “weh petang  ni  jom temankan kitorang dating, dah lama tak temankan kitorang  dating..”

Malu-malu pulak!

Aku macam ni la. Still single and masih available. Siapa nak masuk meminang sangat dialu-alukan..:) (promot diri nampak – haruslah – market yourself ok!) 

Ok, let me introduce myself first. Nama aku Nur Aliya, boleh panggil Liya, nak panggil apa-apa pon boleh as long as nama tu sedap kat telinga aku akan respon “ya..ada apa?” (plus senyuman comel)  Aku kerja dekat ArtStudio (kawan aku punya).  Dah setahun jugak la aku berkecimpung dalam dunia fotografi ni. Aku memang minat snap gambar dari zaman aku kat universiti dulu. Semua gambar yang aku snap kawan-kawan aku suka, diorang kata aku ada style la ape la. Disebabkan minat aku yang mendalam pasal snap-snap gambar ni, kawan aku ajak jadi pembantu dia kat studio. Pucuk dicita ulam mendatang beb! So, aku terima dengan serta merta. Dari ko takde kerja baik ko jadi pembantu dia kan? Gaji pon ok la untuk aku yang single ni.

**********************************************************

“Ya Allah cantiknya pemandangan petang ni. Tak sia-sia aku temankan diorang.”

Tiba-tiba je berterima kasih kat diorang.

Klik! And …..

“Eh, asal macam familiar je muka mamat dalam kamera ni? Ke pelanduk dua serupa? Impossible la..”
“Ehem. Ok tak gamba aku tadi? Penat aku posing”
“Aaa..Ok je. Cantik..aaa..sweet sangat.”
Apa aku merepek ni?  Takkan baru tengok mamat handsome camni dah gagap?
“Boleh aku tengok tak?”
“Nah.”
“Cantik. Ko memang photographer ke?”
“Amatur je.”
“Oh, ok. So, boleh tak kita berkenalan?”
“Ha?? Berkenalan..? Aaa..tak..”
“Ha? Tak boleh?”
“Maksudnya boleh..aaa, boleh sangat.”
 Ko ni dah kenapa?
“Ok, nama aku Akram Zakry, panggil Kery.”
“Nama aku Nur Aliya, boleh panggil Liya.”
“Selamat berkenalan” serentak beb.
“Liya, jom kita duduk kat sana, boleh sembang-sembang kejap.”
“Oh, ok.”

“Kery..”
“Ya..kenapa?”
“Nak tanya something ni, dari tadi aku nak tanya.”
“Tanya je la.”
“Emm, ko ni model iklan kat tv tu ke?”
“Yup.” simple giler jawapan dia.
“What????” ni dah teruja tahap gaban.
“Slow la sikit suara ko tu. Tak payah la jerit kuat-kuat. Aku ni duduk kat sebelah ko je pun. Tadi ko yang tanya aku, ni aku dah jawap ko pulak menjerit. Asal ko ni? Kurang makan bayam ke haper..?
“Sorry la weh, aku cuma teruja plus terkesima plus tak percaya yang kat depan mata aku sekarang ni berdirinya seorang model yang tengah meningkat naik namanya”
“Aku tengah duduk sekarang ni. Berdiri apanya..?”
“Hehe, maksud aku duduk la tadi tu” cover sikit
“Ko tak payah la nak terkesima bagai. Buat biasa-biasa je. Macam kawan-kawan. Ok?”
“Ok, lagi satu aku nak tanya. Bukan kalau dalam tv nama ko Zack ke? Asal ko kenalkan diri ko tadi Kery?”
“Ooh yang tu..aku tadi bajet tak nak orang kenal aku. Sebab tu la aku cakap nama aku Kery. Cuba aku cakap nama aku Zack awal-awal tadi, mesti tak cukup tanah ko nak lompat kan?” bajetnye la~
“Hamboi, boleh tahan ko ni. Perasan”
“So, Zack ke Kery?”
“Aku nak kawan-kawan aku kenal aku dengan nama Kery. ”
“Oh, l see.”
“Eh, dah la. Kita lupakan pasal ni, kita cerita pasal diri masing-masing. Boleh?”
“Boleh je” plus senyuman manis.
“Ko memang selalu datang sini ke Liya?”
“Takde la. Kadang-kadang je aku datang tu pun kalau kawan aku ajak, kalau tak ajak takde maknanya aku nak datang sini. Ko pulak memang selalu ke lepak sini?”
“Tak jugak. Kalau takde shooting or rasa ada mood nak lepak sini aku datang la. Kalau tak memang tak la aku nak datang.”

**********************************************************

 “Weh cuba teka time korang pergi jogging a.k.a dating tadi, aku jumpa siapa?”
“Siapa?”
“Akram  Zakry.”
“Akram Zakry mana ko ni?”
“Akram Zakry a.k.a Zack a.k.a model iklan tu la”
“What?? Weh ko tak payah la nak tipu kitorang. Agak-agak la kalau ko admire kat dia tu..”
“La..muka aku ni ada rupa penipu ke? Nah tengok sendiri. Ko fikir aku ni tergamak ke nak tipu kawan aku sendiri..?”
“Weh beb..asal ko tak mesej kitorang tadi? Sampai hati ko..”
“Aik, bukan ke korang sibuk jogging a.k.a dating tadi? So aku tak nak la kacau daun kan..”
“Macam ni la kawan. Tak nak la kawan dengan ko..”

Balik-balik aku terus je import gambar ke laptop. Point sangat kan :p Aku bukannya apa, perasaan teruja tu still ada. Tak sangka rezeki aku kali ni boleh jumpa dengan dia..
Lepas je dari hari aku terjumpa dia, aku kerap pergi taman tu..hehehe..siap aku tanya kawan-kawan aku yang lain.

 “Weh tak nak pergi jogging ke..? Rasa dah lama tak pergi jogging kan?”
“Sejak bila ni beb? Setau aku ko suka snap gambar je kan kalau pergi taman tu..Ke ko nak buat-buat terserempak dengan si Kery tu.”
“Weh tak baik la ko ni..” muka tergedik-gedik sibuk nak nafikan..
“Yela-yela kali ni aku temankan ko ‘berjogging’ pulak ye.”


“Hai Cik Lia..tengah snap gambar ke?”
“Hai Encik Kery..eh mana ada snap gambar..tengah tanam bunga ni” dah nampak tanya lagi kan..
“Sarkastik la ko ni. By the way ni kawan aku, kenalkan ni Irwan boleh panggil dia Wan. ”
“Hai..nama aku Nur Aliya, panggil Lia je.”

Sejak dari hari tu aku, Kery & Wan selalu lepak sama-sama kat taman tu. Tapi kitorang tak pernah buat temu janji nak jumpa. More kepada kebetulan la. Kalau Kery busy, aku lepak dengan Wan, kalau Wan busy aku lepak dengan kery, kalau aku busy Kery dengan Wan jela..(pandai-pandai korang la nak lepak dengan siapa..)

First impression aku dekat si Kery ni (before jumpa dia) , seorang yang belagak, bajet bagus, playboy, and sewaktu dengannya. Faham-faham je la tanggapan orang biasa dekat  public figure ni kan. Tapi bila dah kenal, dia ni biasa je-macam orang lain. Yang membezakan kitorang adalah kerjaya. Tu je.

“Wan, Kery mana? Selalu dia datang. Ni dah dekat dua minggu aku tak nampak batang hidung dia. Wujud lagi ke tak dia tu kat bumi ni? Ke dah pindah ke Pluto..?”
“Kery? Jangan risau la weh. Still bertapak kat bumi ni, cumanya dia agak busy sejak dua menjak ni. Plus dia dah bertunang.”
“What?? Bertunang??” pedihnya hati aku..
“Yang ko terkejut beruk ni dah kenapa? Kery tak bagitau ko ke dia nak bertunang?”
“For your information, kitorang tak pernah tukar phone number.”
“So, ko tak tau la ni?” E’eh si Wan ni, tanya lagi.
“Tak, kalau dia bagitau takde la aku terkejut bagai nak rak gini. Bila dia bertunang?”
“Minggu lepas. Cun giler tunang dia..!” Ko saje je kan nak buat aku sakit hati.
“Ooh yeke. Bertuah tunang dia kan,”
“Yang ko ni dah kenapa Liya? Lain macam je aku tengok. Ke ko patah hati?”
“Wan, aku tak layak untuk dia even dalam mimpi. So, takde istilah patah hati kat sini ye. Ok la Wan, aku balik dulu. Sampaikan salam aku kat Kery” hati aku dah makin parah ni.
“Eh, Liya. Rilex la weh, lepak dulu. Awal lagi kot nak balik. Liya..Liya..”

**********************************************************

“Liya..Liya..” perempuan ni tak dengar ke?
“Hoi Liya..!” siap ketuk meja gitu.
“Hmm..kenapa Siti?”
“Kenapa ko tanya aku? Hei, sepatutnya aku yang tanya ko tu yang kenapa?” Saba Cik Siti ooi~
“Aku? Kenapa dengan aku? Aku ok je” muka tak bermaya ada hati cakap ok.
“Aku tengok dah nak sebulan ko macam ni. Macam mayat hidup tau tak? Ko still fikir pasal Kery ke?”
“Kery? Apa kena mengena dengan dia?”
“Takde kena mengena dengan Kery ko cakap? Setiap hari perkataan yang keluar dari mulut ko Kery, Kery, Kery. Kery tu la, Kery ni la. Hari-hari ko dok ngadap gambar dia. Still nak nafikan ke Liya?” Pitching dah mula nak naik si Siti ni.
“Ni lagi satu, setiap petang ko pergi ke taman tu buat apa? Ko..”
“Cukuplah Siti. Aku tak nak dengar apa-apa lagi..!” Stressnya aku..

Akram Zakry. Satu nama yang boleh membuatkan hati aku terusik. Nama yang buat mimpi aku indah. Nama yang buat hidup aku tak tentu arah. Nama yang buat aku jadi macam ni. Aku dah tak tau nak buat apa. Siti pon dah membebel je kat telinga aku. Tak sepatutnya aku mengimpikan dia jadi pasangan hidup aku. Dia tu enggang, ko pulak pipit. Mana nak sama. Liya, ko kena berhenti dari fikir pasal dia. Tolong delete nama dia dalam hati ko. Kalau ko terus-terus fikir pasal dia, ko jugak yang makan hati. Lagi satu, ko tolong la berhenti pergi taman tu. Dah takde maknanya Liya! Ko jangan nak buat alasan nak snap gambar bagai. Buktinya satu  gambar pon ko tak snap kan? Ko tak payah la nak tunggu buah yang tak gugur, tak payah nak tunggu bulan jatuh ke riba. Tak payah semuanya! Dia dah jadi milik orang. Ko kena terima hakikat!.

“Eh, Liya. Lama tak nampak ko. Ko ke mana? Selalu jugak aku datang ke sini nak lepak dengan ko tapi haram nak jumpa. Ko busy ke?”
“La ko ke Wan. Ingat mamat mana yang nak try aku tadi. Sorry la bro, aku busy sikit sejak dua menjak ni. Maklum la rezeki tengah masyuk.”

 Hari-hari aku datang sini Wan. Aku nampak ko tapi aku tak nak lepak dengan ko dalam keadaan aku yang serabut. Aku takut aku terluahkan semua isi hati aku kat ko.

“Ha dah alang-alang aku jumpa ko ni Wan, aku nak jemput ko datang rumah hujung bulan ni. Ada makan-makan sikit.”
“Bab makan free confirm aku datang. Tak dijemput pun aku datang. Jangan risau. Makan free, makan free jugak, makan free sempena apa?”
“Aku bertunang Wan.” Straight to the point je jawapan aku.
“Liya, ko ingat lagi tak masa kita bertiga lepak sama-sama dulu? Ko pernah cakap ko tengah tunggu seseorang. Means bakal tunang ko ni ke?”
“Emm, tak la. Bukan dia orangnya. Memang aku pernah cakap aku tengah tunggu seseorang tapi orang tu tak tunggu aku pun. Orang tu dah pergi jauh dari hati aku. Aku dah putus asa Wan. Sampai bila aku nak tunggu buah yang tak gugur. So, aku ambik keputusan untuk lepaskan dia dari hidup aku.”
“Sebab tu la ko nak bertunang? Ko nak lupakan orang tu? Macam tu ke? ”
“Maybe.”
“Weh Liya, sejak bila ko usaha? Tau-tau dah putus asa ni. Apa cerita? Belum cuba belum tau la weh.”
“Wan, ko jangan nak mula boleh tak? Tak ye pun ko doa la untuk majlis aku tu. Gaya macam tak rela je aku bertunang. Ke ko syok kat aku?”
“Aku syok kat ko? Memang tak la kan.”
“Apa-apa la Wan. Weh aku rasa aku dah kena gerak ni. Kalau ko still nak bercakap, ko cakap la dengan pokok ni sorang-sorang.”
“Wan..emm..ajak la Kery sekali”
“InsyaAllah aku bawak dia. Gerak tu hati-hati”

**********************************************************

Keadaan kat taman ni tak berubah langsung macam setahun yang lepas. Banyak kenangan antara aku, Wan dan dia. Semuanya bermula kat taman ni.

“Kery, aku nak tanya satu benda ni. Ala suka-suka je. Kalau ko tak suka tak payah jawab”
“Mende?”
“Ciri-ciri perempuan yang ko suka camne ek? Ko kan public figure, famous gitu. Ko nak carik perempuan yang setaraf dengan ko ke?”
“Aku kalau boleh Liya, nak carik perempuan yang hot, seksi, manja, cantik menarik ko memang da bomb. Cukup pakej.”
“Aku dah agak dah taste ko camne. Public figure macam ko ni taste dia memang tinggi. Memang tak la kalau ko nak pandang perempuan yang biasa-biasa je kan.”
“Banyak la ko. Aku main-main je la tadi tu. Aku kalau boleh nak cari perempuan macam ko. Sejuk sikit mata memandang”

Aku tahu kata-kata dia tu hanyalah gurauan. Tapi aku yang salah dalam mentafsir, sampai aku jadi terlalu mengharap. Aku mengharap cinta yang tak pasti. Ah, daripada aku dok layan hati aku ni baik aku snap gambar.

1..2..3..Klik!

“Kenapa aku masih terbayang muka dia?”
“Ehem..ok tak gamba aku tadi..penat aku posing”
“Aaa..ok je..cantik.”
“Boleh aku tengok tak?”
“Nah.”
“Cantik..ko memang photographer ke?” 
“Yup. Professional punya.”

 Sepi. 
“Ko apa khabar Liya?”
“Sihat.”
“Sorang je? Mana suami ko?”
“Mana isteri ko?” Soalan dibalas dengan soalan.
“Hari ni takde sampan berlayar la. Setahun yang lepas setiap petang aku nampak.”
“Sampan berlayar apa ko ni Kery? Boleh tak ko tu cakap straight.”
“Setahun yang lepas setiap petang aku nampak sorang perempuan ni pergi ke taman, duduk kat kerusi ni, tulis something atas kertas , lepas tu dia buat origami sampan. Sebelum balik dia akan layarkan sampan tu kat tasik ni.”
“So, ko suka la tengok keadaan aku macam tu?”
“Aku tertanya-tanya kenapa perempuan tu sedih sangat. Tapi bila aku dah baca luahan hati dia baru aku tahu yang aku tak bertepuk sebelah tangan sebenarnya.”
“Eh Kery, apa maksud  ko ni? Setakat ko nak malukan aku atau nak sakitkan hati aku  dengan cerita setahun yang lepas, baik tak payah. Terima kasih jela.”
“Liya, kenapa ko tak tunggu orang tu?”
“Rasanya tak perlu sebab orang tu pun tak pernah tunggu aku.”
“Siapa cakap?”
“Kery, ko boleh tak cakap straight to the point? Aku malas nak berteka-teki ni!”
“Sebenarnya..sebenarnya..”
“Mende ko ni? Sebenarnya..sebenarnya dari tadi.” Sejak bila dia jadi gagap?
“Sebenarnya aku dah lama suka kat ko sejak setahun yang lepas. Cuma aku terambik masa yang terlalu panjang nak luahkan isi hati aku. Aku terlampau selesa dengan ruang yang ada, means ko kan selalu kat depan mata aku. Aku ingat bila-bila je aku boleh luahkan perasaan aku kat ko. Sampai la satu hari family aku aturkan pertunangan aku. Lepas aku bertunang aku tak berani berdepan dengan ko. So apa yang aku boleh buat, aku cuma boleh tengok ko dari jauh je.”
“Kery.. ko…”
“Hati aku sayu bila tengok air mata ko mengalir. Aku tak boleh buat apa-apa nak redakan ko. Cuma aku mampu berdoa biar hati ko tabah, kuat.”
“Liya, aku mintak maaf sangat-sangat sebab aku dah lukakan hati ko.”
“Takpe la Kery, benda dah lepas. Anggap jela kita takde jodoh. Aku pun tak daya nak tunggu buah yang takkan gugur.”
“Eh Cik Liya, siapa yang kata buah tu takkan gugur? Even buah tu tak boleh gugur dengan sendiri, ko tak boleh  ambik galah ke? Kait lah sendiri  confirm dapat.”
“Kery! Straight to the point please!”
“Aku tak kahwin lagi”
“Aku pon”
“Aku dah putus tunang”
“Aku pon”
“Sengal la ko!”  Part ni serentak.
“So, boleh kita berkenalan?”
“Ha?? Berkenalan..? Aaa..tak..”
“Ha? Tak boleh?”
“Maksudnya boleh..aaa, boleh sangat.” 
“Ok, nama saya  Akram Zakry, panggil Kery.”
“Nama saya  Nur Aliya, boleh panggil Liya.”
“Selamat berkenalan.”  Serentak lagi
“Liya, nak phone number boleh?”
“Boleh”



           ******************************Tamat******************************










Friday, January 18, 2013

Balik kampung :)


Assalamualaikum..

Hari ni selesai la aku kemas barang , ambik borang check out dekat pejabat , pulangkan kunci..dua kali aku masuk pejabat aku asyik dengar amaran yang sama je.."Pastikan takde sisa makanan kat rumah tu , jangan ada sampah kat dalam & luar rumah..Kalau ada nanti saya denda"  Kalau ada 10 orang kat dalam opis tu maunya dia ulang 10 kali..mujur ada 2 orang je..aku yang  dengar ni dah boleh hafal ayat keramat tu..

Dalam pukul 11 lebih aku turun opis..kalau sebelum tu aku ambik borang check out yang ni aku nak pulangkan kunci rumah pulak..aku doa-doa bukan staff yang suka membebel yang jaga kaunter..hehe..tak tahan telinga aku dengar amaran dia tu..fuhh lega sebab yang jaga tu student..encik staff tu duduk kat meja lain tapinya amaran dia still aku dengar "Pastikan takde sisa makanan kat rumah tu , jangan ada sampah kat dalam & luar rumah..Kalau ada nanti saya denda"   Alahai encik staff tak penat ke dari tadi asyik ulang benda yang sama je..? Nasib la siapa yang berurusan dengan encik staff tu..

Akhirnya orang yang ambik aku pon datang dalam pukul 12 lebih (abang ipar aku)..punya la aku menunggu bagai nak rak..plan asal ,  kakak aku yang nak ambik dalam pukul 8 pagi ,  dia gerak dari rumah..aku pon semangat mengemas bagai..aleh-aleh kakak aku call..

Kakak aku : Jah..yang ambik ko nanti si AMBULAN tau..
Aku : awatnya pulak jah?
Kakak aku : Aku malas nak bawak Wira tu..nak bawak Avanza tapi si Rizan tu  guna tak balik-balik..tapi ko relax sudah la..si AMBULAN ni tidur lagi..
Aku : ha tak kisah la jah janji aku balik..AMBULAN pon AMBULAN la..

Time on the way tu boleh pulak abang ipar aku cerita pasal kereta..( jah..aku ni dah la perempuan mana la tau sangat pasal benda alah tu..huhu) Dah dia sembang aku on jela..dari senyap je baik la sembang kan..mujur la aku tau sikit pasal kereta kan..beza kereta 1.5 dengan 1.3..pasal enjin dia..NGV..DIESEL..PETROL..penat jugak la aku nak proses maklumat tu dalam otak..terima kasih la kat kawan aku sebab dia la yang ajar aku beza-beza dorang tu time aku lepak kat bengkel dulu  ( kereta kawan aku rosak tu yang sampai ke bengkel – masa tu form 5 )

Dah nak sampai rumah kakak aku tu , abang ipar aku tak terus balik..dia singgah Tesco dulu nak beli barang katanya..aku pon follow jela kan..Tesco kat Setia Alam ni nampak mewah sikit macam kat Warta kat Bangi nak dibandingkan dengan Tesco  kat Nilai biasa-biasa je..naik-naik je kat tingkat 2..alahai ternampak kedai buku pulak..siap ada offer lagi tu..aku ni dah la pantang masuk kedai buku confirm beli..belek punya belek memang aku beli pon..( beli je lebih bacanya tak! )

Aku pon terus la masuk kat Tesconya..blur tak tau nak cari apa..abang ipar aku suruh carik roti kopi..masalahnya aku tak kenal roti kopi tu camne..( Nampak no ketinggalan zamannya  ) So aku tawaf jela kat situ..setiap bahagian aku tengok..first aku masuk kat bahagian jual anak patung..sangat comel..


Kami adik beradik tapi lain mak lain bapak :p
Kami comel bukan?



Dah tak tau nak beli apa so tengok-tengok jela..last-lastnya aku beli air ( haus gila ) + coklat + jajan sikit..dah siap bayar aku pon pegi round tempat lain..tengok baju , pashmina , skirt ( kat level 2 lagi ) dah puas pusing turun level 1 pulak tengok kerongsang ..kitorang assume yang abang ipar kitorang dah tunggu kat kereta sebab dah sejam lebih dok melacak kat Tesco tu..aleh-aleh dapat call “ko kat mana tu..meh naik tingkat 2”..la kat tingkat 2 lagi rupanya..aduhai..yang aku tak tahannya dalam masa sejam lebih tu dia cuma dapat 2 barang je..tu belum  bayar lagi..kakak aku bagi mesej..

Kakak aku : Jah ko kat mana tu?
Aku : Tesco jah..laki ko ni boleh tahan kalau carik barang..
Kakak aku : Tau takpe..
Aku : Aku dah tawaf dalam tesco ni berapa kali dah..mana entah si lijah tu..
Aku : Laki ko ni mengalahkan orang perempuan bershopping la jah..

Berapa minit lepas tu ( lama jugak la – kalau disuruh balik rumah dah sampai agaknya )

Aku : Jah..aku kat Tesco lagi!
Kakak aku : Ko buat apa lagi jah?
Aku : Tunggu laki ko la jah..punya la lama..aku siap round kat tingkat 1..lepas tu naik balik tingkat 2..tengok-tengok laki ko beli boxer dengan maggi je..alahai tijah..
Kakak aku : Kan..ko mampu jah?
Aku : Jah..aku dah siap bayar aku punya barang dari tadi..
Kakak aku : Ko layan jela..

Yang tak tahannya abang ipar aku pegi kat bahagian lain pulak..dia tengok barang-barang lain pulak..tengok towel la hanger la syampu la gula la sayur la..masalahnya setiap kali dia nak pilih 1 barang tu mesti 1 jam punya..aku ni yang tukang tolak troli memang kena follow dia jela kan..kitorang tak boleh berenti kat bahagian lain..contoh kalau dia tengah pilih sayur , yang kitorang pulak tunggu kat tempat buah confirm lepas tu dia akan pilih buah pulak..kalau dia tengah pilih buah , kitorang kat tempat ayam sejuk beku confirm dia beli jugak..alahai jah semua nak dibeli ke? Time dia tengah pilih-pilih tu aku sempat la snap berapa gambar ( bosan kot tunggu lama-lama )


Lobak putih jenis merah
Sumpah aku tak pernah jumpa lobak warna ni!


Labu dia besar jah!
Baling kat perompak confirm pengsan :p




Siap ada taman lagi tu
(Sebenarnya dia jual baja)



Siap ada kelapa pandan
First time aku jumpa kelapa dalam Tesco!

Air bikarbonat
Botol dia exclusive la


Ha ni pon sama jugak



Pesanan dari Dato Seri Michelle Yeoh
Jangan lupa beli~


Ha ni agak exotic sikit
Aku memang tak pernah tau teh ada brand ni..
AHMAD TEA LONDON
EARL GREY TEA
EXCLUSIVE QUALITY TEA



Antara brand AHMAD TEA yang lain
Berperisa..
Macam sedap

Lagi 1 AHMAD TEA
paket dia lawa kan


Last-last aku keluar dulu pegi ambik barang kat kaunter simpan barang..maklum la tak boleh bawak masuk barang kan kalau nak masuk membeli belah kat dalam tu..terus aku carik tempat duduk ( penat weh berjalan je ) Tu pon dia boleh  pilih-pilih lagi kat dalam..aku dah tak kuasa nak tolak troli so aku biar kemba aku dengan abang ipar aku je yang settle selebihnya..hehe..

Note : 
  1.  AMBULAN tu abang ipar aku la..dia bawak kereta laju bebeno..tu yang kitorang (aku + kemba aku + kakak aku) panggil dia AMBULAN..
  2.  Kalau aku dapat suami macam abang ipar aku dialog aku berbunyi  “abang..saya    balik dulu ya naik teksi” hahaha







Thursday, January 17, 2013

Oh Cik Sasha!

Assalamualaikum..

Malam ni aku nak cerita sikit pasal kejadian pukul 11 malam tadi..aku dapat call sebelum tu dari member aku..so aku memang tak cara la dengan keadaan sekeliling kan..ralit sangat dengan phone tu..kebetulan adik aku baru siap mandi..tiba-tiba ada orang ketuk pintu..aku ni dah pelik siapa pulak la ketuk pintu malam-malam buta ni..nak kata kawan aku memang tak la kan..biasa kawan aku kalau nak datang , dorang akan bagi mesej suruh bukak pintu..adik aku baru nak bukak tiba-tiba dengar suara orang lelaki kat depan pintu..(alahai jah siapa pulak ni? perompak ke?)..adik aku dah panik gila..

adik aku : weh ada orang laki kat luar rumah!!
aku : ha?? (masa tu aku tengah cakap dengan member aku dalam phone)
adik aku : aku nak buat apa ni?
aku : ko pakai la tudung..tanya lagi..weh macam bahaya je ni..dah la luar rumah tu gelap..

Aku memang dah fikir yang bukan-bukan..Ya Allah selamatkan la hambaMu ni dari sebarang musibah..aku dah skim and scan barang-barang yang patut di baling kalau orang tu try apa-apa kan kitorang (helmet kawan aku)..bukak-bukak je..aik..bila masa pulak aku order McD ni??? aku ni tak makan benda alah tu..rupa-rupanya orang tu tengah cari rumah orang yang order benda alah tu..

penghantar McD : nak tanya..blok D-5-06 kat mana ye? (maklum la luar rumah gelap so dia tak nampak nombor rumah aku - dia salah rumah)
aku : yang saya tau kalau blok D bukan kat sini encik..blok D kat depan luar pagar..yang kat dalam pagar cuma ada blok A & B je..
adik aku : encik ada nombor phone dia tak? kalau ada better encik call dia tanya kat mana..
penghantar McD : saya ada nombor dia tapi phone saya habis bateri..
adik aku : siapa nama dia?
penghantar McD : Sasha
aku : kejap ye..saya amik phone..(dalam hati - kelas kau jah nama dia)

Dengan tak semena-mena aku tolong call Cik Sasha tu..dah orang memerlukan pertolongan kan so tolong la mana termampu..

aku : hello..you ada order apa-apa tak tadi?
Cik Sasha : Ya saya memang ada order McD tadi
aku : you duduk blok mana ek?
Cik Sasha : blok D
aku : Ok..blok D tu kat luar pagar ke kat dalam pagar?
Cik Sasha : Mana la saya tau dalam pagar ke luar pagar! (nada marah)
aku : Yang saya tau kalau blok D tu kat luar pagar..Ok senang cerita puan turun kat bawah boleh tak? Puan tunggu kat pondok jaga..
Cik Sasha : ala malas la..dah la jauh..
aku : Baik puan turun sebelum McD puan ni saya ambik (nada slow - tahan marah)
Cik Sasha : Eh apa masalahnya? Dia pernah hantar la! (nada still tinggi)

Aku bagi phone aku kat encik McD tu..

penghantar McD : you ni student usim ke bukan?
Cik Sasha : Bukan..saya duduk rumah sewa..awak kan dah pernah hantar hari tu
pengahantar McD : Saya ni bukan orang hari tu..orang hari tu takde..you turun bawah boleh tak..saya dah tak jumpa rumah awak..
Cik Sasha : Ha yela-yela..saya tunggu kat TNB..
aku : TNB?? kat mana pulak tu?
adik aku : TNB?? ada ke TNB kat sini?


Kebetulan pulak kawan aku baru balik dari kedai makan (Ma)..kitorang berempat pon membincangkan pasal rumah si Sasha ni yang konon-konon dekat dengan TNB tu..kawan aku cakap kalau TNB tu kat luar pagar..last-lastnya penghantar McD tu bagi phone kat kawan aku..(tak sudah-sudah membincangkan rumah dia tu ha)

Ma : you cakap rumah you dekat dengan TNB ye? Dekat tak dengan kedai runcit kat bawah tu? Dekat tak dengan gerai bakso?
Cik Sasha : Tak..rumah saya jauh dengan kedai tu..rumah saya dekat blok D ni ha..ala dekat dengan makcik jual pisang goreng petang-petang tu..makcik tu ada jual nasik sekali..
Ma : Ok kalau macam tu you turun kat kafe boleh tak?
Cik Sasha : ala jauh la..suruh la orang tu naik tingkat 5 lepas tu pegi belah kiri..senang je..ha takpe la I turun..(mengeluh)

Akhirnya selamat la McD tu kat tangan Cik Sasha..Sebenarnya dia bukan duduk blok D!!! Dia duduk kat blok A!!! Aku punya geram tak payah cakap la..rasa nak hempuk je muka si Sasha tu..Blok A dalam pagar..apa pasal dia boleh cakap tak tau dalam pagar ke kat luar pagar..bukan ke kalau nak keluar pegi mana-mana kena lalu pagar yang ada pondok jaga tu..Ini siap tanya pagar besi ke? Eh Cik Sasha..ko ada nampak pagar kayu ke!!! Selama ni dia tak keluar pegi mana-mana ke sampai tak nampak pagar tu???!!!
Sabar je la..

Note : Cik Sasha..behave yourself!!! Kalau penghantar McD tu datang lagi rumah aku , memang tak teragak-agak aku rembat ko punya McD!!

Wednesday, January 16, 2013

Exam dah habis!

Assalamualaikum..

Alhamdulillah..akhirnya penantian aku berakhir jugak tadi..punya lama menghitung hari and finally dah habis pon ( exam maksud aku )..berbekalkan tekad and keazaman yang jitu  (konon jela ) maka selesai la pengajian aku untuk sem 5..tinggal  2 sem je lagi aku menetap kat bumi USIM ni..pejam celik pejam celik dah habis kan..aku pon tak sedar masa cepat je berjalan..masa yang berbaki ni la aku kena manfaatkan sepenuhnya untuk cipta kenangan dengan kawan-kawan and kutip segala ilmu yang ada..( sort of touching di situ )

Ok aku nak tinggalkan bab-bab touching menouching ni ( aku rasa takde istilah ni )..apa yang aku nak fokus sebenarnya , tadi lepas je habis exam kitorang  nak meraikan kemerdekaan kitorang dengan makan KFC
( bajet je lebih )..semua ni idea kawan aku la..aku yang tak tau apa-apa ni setuju jela kan..sekali sekala apa salahnya..dalam pukul 12 lebih gitu la kitorang menapak kat KFC ( tengah hari )..masa kitorang sampai tu orang takde la ramai boleh dikira dengan jari tangan aku je..kira tak la penat nak beratur kan..bila kitorang dah siap makan ( aku tak makan kat situ-bungkus je-kenyang lagi-ayu , haja & ma je yang makan ) time tu la ramai yang berpusu-pusu masuk..time tu jari kaki aku pon dah tak cukup nak kira..no wonder la time rehat kan..

Lunch with KFC

Tu KFC yang berjaya aku seludup keluar..hahaha..seludup la sangat..hanya mampu beli rice plate je :)..janji kenyang..kawan aku tadi try la set yang dia tak pernah makan lagi..mende entah aku pon tak ingat namanya..dia mix jepun sikit..ish tak ingat la pulak! ada nasik + sup + kicap ( pattern kicap yang selalu makan dengan sushi tu ) + ayam 2 ketul  +air..tu je yang aku sempat nampak sebab dia order dulu and makan dulu..aku orang last order so aku tak nampak la apa je yang ada kat set tu kan ( ada yang dah selamat masuk perut dia sebab tu tak nampak )..selamat aku bungkus kalau tak memang aku berkawan dengan si syaitonnirrajim la kan ( tak habis-membazir-kawan siapa? ) sebab aku tengok kawan aku makan pon aku dah kenyang..kalau aku makan + tengok kawan aku makan = sah-sah tak habis / habis tu habis tapi tak boleh bangun! hahaha..

Lagi pon aku memang berniat nak bungkus pon sebab ada pendatang tanpa izin tu menetap pulak kat bilik aku..kang kalau aku tak beli ada yang jadi gorila..untuk langkah keselamatan & keamanan aku beli la untuk diri aku sendiri + untuk pendatang tanpa izin tu..baru makan berapa suap dah kenyang (maklum la sebelum makan baca doa :p)..tapi memandangkan KFC tu aku beli dengan duit so rasa tak patut kalau nak buang (macam la sebelum ni beli makanan dengan batu)..kawan aku cakap nama set tu TERIYAKI COMBO..(mix jepun kan?) aku tak tipu kan? hahaha..

Note : pendatang tanpa izin tu kembar aku..hahaha:p

Sunday, January 13, 2013

Assalamualaikum..

Malam ni aku dalam mood minggu exam lagi..tu yang mata dah terbiasa tidur lewat yang konon-konon mentelaah subjek..( padahal dah berapa banyak movie ko layan tadi kan )
Straight forward jela..sepatutnya aku tulis entri ni beberapa jam yang lalu ( lepas maghrib - sekarang dah pukul 2.55 pagi! ) gedik lagi check laptop adik aku ade movie apa je kan dah tertengok ( 3 movie kot - poyo cakap tertengok padahal memang nak tengok pon )

Aku sebenarnya nak cerita pasal bakso yang aku makan dengan adik aku tadi..kalau aku cerita lepas aku makan tadi feel tu mesti ada lagi..takpe la niat nak cerita tu still ada so teruskan jela kan..( yang penting niat )



maggi + bebola daging + sambal = bakso mabeles!



Ha ni la dia bakso yang aku maksudkan..bukan maggi ( mak tak makan maggi nok! ) memang la benda tu maggi tapi kuah dia tu bukan la kari/asam laksa/ayam..kuah dia sup..ada dua pilihan antara maggi/suun..so kalau nak beli tu cakap kat makcik tu awal-awal.."makcik saya nak bakso maggi" ( pandai-pandai la nak cakap kat makcik tu camne )

Aku dah try yang suun masa awal-awal sem hari tu..so tadi aku teringin pulak nak makan yang maggi punya..yang maggi ni lembut sikit and senang nak kunyah berbanding suun tu..tapi kalau nak order tu memang kena cakap awal-awal sebab nanti makcik tu akan buat ikut style dia..kalau macam aku ni suka makan kuah putih je..so aku biasa akan pesan kat makcik tu kuah tu tak nak campur dengan sos and kicap , sambal asing..

Bakso makcik ni power kat dia punya sup ( panas gila ) bebola daging ( banyak - 7 ketul ) dengan sambal ( sangat pedas )..tu yang aku addicted sangat dengan bakso dia..nak cakapnya bakso kat area hostel aku ni la yang best in the world! pakej lengkap.. makan hari-hari pon takpe..:)

Bukan setakat bakso je yang makcik tu jual..kuih pon ada..tapi selama 22 tahun aku duduk kat Malaysia aku tak pernah jumpa lagi kuih muih yang makcik tu jual ( memang la tak pernah jumpa kuih tu sebab makcik tu come from Indonesia - so kuih tu famous kat sana jela )..Dalam istilah aku benda tu kuih..dalam istilah makcik tu pulak benda tu gorengan..sama je cuma istilah je berbeza..Untuk gambar gorengan tu aku tak sempat nak tangkap gambar sebab awal-awal bismillah benda tu aku dah licinkan dulu ( lapar punya pasal )

Walaupun kuih tu macam tak berkhasiat ( nama pon gorengan kan mesti la berkaitan dengan minyak ) tapi aku still suka cuma aku tak la ambik banyak-banyak kan ( jaga badan - konon-konon dah gemuk )..aku suka beli tahu goreng dia sebab rasa masin yang ada kat lapisan luar tu yang jadikan tahu tu sedap + menyelerakan tak kisah la dah sejuk ke apa kan..( aku tolak batu + kayu + tiang letrek je - yang lain aku bedal - tak kisah sedap ke tak ).. Selain dari tahu goreng , ada kuih lain yang aku tak tau namanya..kuih tu macam cucur udang tapi takde udang just sayur je..and lagi 1 kuih dia macam tahu sumbat..kalau kat Malaysia kuih tu disumbat dengan lobak & tauge tapi yang ni disumbat dengan kobis + suun..untuk bahagian gorengan ni dia ada sambalnya sendiri ( tak main la share-share kan ) and makcik tu pulak sediakan cili mentah yang selalu kat sambal kicap/sambal belacan tu ( cili tu dimakan dengan gorengan - gigit & kunyah - memang berasap la kan )..aku tak pernah ambik sebab aku dah beli bakso yang memang sah-sah sambalnya menyengat sampai ke telinga..kalau aku ambik jugak memang ada yang tidur kat toilet la jawabnya..

Dari segi harga memang berpatutan even student-student yang tengah sengkek ( biasa la akhir-akhir sem duit dah habis ) pon kalau teringin nak makan still mampu nak beli..Lokasi dia tepi jalan je..macam warung la..even bukan restoran pon , pelanggan makcik tetap ramai..aku pon jenis tak kisah warung tepi jalan ke apa as along as halal and boleh masuk dengan jiwa , aku on je..

Note : sambal makcik tu pedas gila so sediakan tisu sekotak and air sebotol sebelum makan..:)

Sunday, January 6, 2013

TENTANG SESEORANG

Assalamualaikum..

Aku terus jela ke cerita tak payah muqaddimah bagai...nak cepat..baju kat dalam baldi tu WAJIB dibasuh..Aku ada sorang kawan lelaki ni, kira bestfriend camtu..apa-apa masalah dia,aku tau dari A-Z..Kira kitorang ni takde rahsia antara satu sama lain..Kitorang selalu lepak sama-sama..Kat mana aku ada,mesti dia ada sekali..Memang kawan sampai mati la orang cakap..Tapi satu hal yang aku tak tau -- siapa perempuan yang dia suka? Aku ada la tanya gak siapa perempuan yang singgah kat hati dia..Tapi dia just sengih-sengih and cakap "buat masa ni aku tak suka mana-mana perempuan..hati aku pon tak terbukak lagi nak suka kat anak dara orang..aku ni mana ada kawan perempuan melainkan ko je..siapa pulak nak suka kat aku yang pendiam ni..lagi satu,kalau aku dah ada awek,mesti kita dah tak boleh lepak camni sebab nanti awek aku jeles.." Aku pon angguk jela tanda setuju..Ada je alasan dia..Memang tipu la kalau orang tak jatuh hati kat dia -- sebab dia ada ciri-ciri lelaki idaman mana-mana perempuan..nak cakapnya pakej lengkap lah..Kalau dia tu perempuan confirm dah kena pinang awal-awal..

Aku tak tau silap aku kat mana..dia seolah-olah lari dari aku..kitorang dah tak macam dulu lagi..aku ada jugak nak serbu rumah dia and tanya apa salah aku,apa yang aku dah buat kat dia? Tapi aku takut mak dia syak yang bukan-bukan pulak sebab selama ni kitorang tak pernah jadi camni..Setiap malam aku cuba muhasabah diri aku..apa yang aku dah buat sampai dia jadi camtu..ada kata-kata aku yang mengguris hati dia ke? aku rasa serba salah dah..mak aku pon macam dapat hidu sesuatu..hebat jugak mak aku ni kan..

Sampai lah 1 hari tu aku dapat tau yang dia tu dah bertunang..aku sangat terkejut and tertanya-tanya kenapa aku tak pernah tau semua ni?..kenapa dia rahsiakan pasal pertunangan dia tu?..bukan aku ni kawan baik dia ke?kenapa aku mesti jadi orang terakhir yang tau?..aku memang tak dapat terima apa yang dia buat..sampai hati die buat kawan dia camni..aku macan nak nangis je bila mak aku bagi tau yang dia tu dah bertunang..at least bagi la mesej cakap "weh aku nak bertunang ni,doakan kitorang berkekalan ye"..ni tak..senyap je..

Tapi aku kena redha dengan keputusan dia walaupun perasaan terkilan tu still ada..aku pon tumpang gembira bila dia dah jumpa orang yang dia suka..tak sangka diam-diam dia tu,rupanya ada awek yang berkenan..untung lah kan..dah sampai jodoh dia..tapi aku kenal dengan perempuan yang jadi tunang dia 2..bukan la nak cakap musuh ke apa..tapi yang penting aku tau siapa tunang dia tu,perangai dia camne..aku pon tak pernah bertegur sapa dengan tunang dia 2 dari dulu lagi..dia macam kerek,poyo,berlagak and sewaktu dengannya lah..

Waktu yang ditunggu-tunggu pon tiba..akhirnya dorang selamat diijabkabulkan..sekali lafaz je beb! tak tau lah berapa kali bestfriend aku tu berlatih kan..hahaha..air mata aku mengalir bila aku salam tangan maknya..mak dia pon macam tau je perasaan aku time tu,terus mak dia panggil dia yang tengah duduk bersanding atas pelamin..serta merta dia tinggalkan bini dia kejap and jumpa aku..bila aku pandang muka dia..aku rasa pelik..bukan ke kalau jadi raja sehari tu muka kena senyum sentiasa..ni bila aku tengok, mata dia layu je + muka dia yang sangat keruh..macam ada yang tak kena.."tahniah weh..kahwin jugak ko akhirnya..nampaknya aku la yang tak laku-laku lagi ni..hahaha(gelak terpaksa)..so lepas ni kita dah tak boleh nak lepak macam dulu lagi sebab ko tu dah ada bini..aku sebagai kawan ko hanya mampu doakan yang terbaik untuk korang..semoga kekal sampai anak cucu" time tu aku nampak mata dia bergenang..aku pon cuba kawal air mata aku dari keluar (sebab dah behenti nangis kejap) aku bergegas keluar sebab aku dah tak boleh nak cover air mata aku yang tumpah lagi sekali..sebelum aku keluar,aku sempat lagi toleh ke belakang and apa yang memeranjatkan aku bila dia tak berganjak pon dari tempat dia berdiri tadi and one more thing, air mata dia mengalir..aku tergamam..tapi aku teruskan langkah aku sebelum tetamu-tetamu pandang pelik kat kitorang..nanti apa pula kata dorang kan..

Aku menjalani hari-hari macam biasa tapi tanpa bestfriend aku..agak lain sikit la bila sorang-sorang ni..mesti teringat kenangan-kenangan bersama..aku just boleh perhatikan dia dari jauh yang sedang berbahagia dengan bini dia..aku pon senang bila tengok dia macam tu..1 hari kat area-area aku tinggal ni ada funfair..aku pon try nak lepak kat situ dengan kawan-kawan perempuan aku..teringin jugak nak main..tiba-tiba bini dia (atikah nama dia)datang kat aku and dia ajak aku pergi teman dia jalan-jalan sekitar kawasan tu..aku sangat pelik and musykil..buang tebiat ke apa!

atikah : awak free tak sekarang?
aku : kenapa? (sambil 2 aku bagi isyarat mata kat suami dia -- asal bini ko ni?)
dia : (dia tak cakap apa-apa pon tapi die bagi isyarat geleng kepala -- jangan ikut)
aku : ala sory la tikah,saya tak free la..
atikah : ooh yeke takpe lah..(sambil tarik tangan kawan perempuan aku yang duduk kat
sebelah aku tu and berlalu pergi)
aku : so? apa masalah korang ni? cerita kat aku sekarang!
dia : jom jalan kejap..
aku : fine..

Bila aku jalan dengan dia,aku teringat kenangan kitorang dulu..happy je..tiba-tiba dia tarik tangan aku..(dia tak pernah pegang tangan aku sebelum ni)..bini dia ada kat depan kitorang (jauh sikit lah dari kitorang)aku tak paham kenapa dengan dia..aku tunggu story dari dia tapi haram dia nak bukak mulut (hei dia ni!dah la pegang tangan aku!)bila dah jalan jauh sikit dia boleh peluk pinggang aku..(ko ni dah kenapa? gila ke apa? ko tau tak bini ko tu kat depan kita je! ko nak kena bunuh dengan bini ko ke! -- tapi tu cuma luahan dalam hati je sebab bila aku tengok muka dia,sikit lagi nak nangis -- sejak bila dia kuat touching ni?)aku dengan muka serba salah asyik pandang kiri kanan je..risau bini dia serang aku..tapi apa yang aku terkejut bila selisih dengan kawan-kawan aku yang lain..dorang just senyum je..apa maksud dorang ni? aku punya la berdoa jangan la sampai bini dia nampak kedaan kitorang ni..aku tertanya-tanya ada apa sebenarnya ni? aku tau dia ada simpan rahsia yang dia tak pernah cerita kat aku tapi apa? ditambah pulak dengan muka dia yang takde ekspresi tu menguatkan lagi andaian aku yang dorang tengah bergaduh..ala biasa la tu kan..nama pon suami isteri..

Aku tak patut buat bini dia macam tu..aku lepaskan tangan dia kat pinggang aku..

aku : pergi la cari bini ko balik..dia tu tanggungjawab ko..bawak2 la berincang..ko
tak boleh lari dari masalah..ko kena tau yang aku ni cuma kawan baik ko je..tak
lebih dari tu..ko kena faham tu..kita tak macam dulu lagi..(dia pandang aku..)
aku : sebelum ko terlambat..pergi cari kebahagiaan ko..(dia pon tinggalkan aku dalam
beberapa langkah,dia toleh kat aku + muka yang penuh pilu and teruskan langkah
dia) aku just angguk je..

Bila dah sampai kat rumah,kawan perempuan aku (yang berselisih kat funfair tu)terus cakap benda yang aku tak faham..

kawan aku : kenapa ko buta menilai seseorang?
aku : apa maksud ko?
kawan aku : kenapa ko biarkan dia kahwin dengan orang lain? dengan perempuan yang dia
tak suka?
aku : apa yang ko merepek ni? aku tengok dorang sebelum ni bahagia je..cuma
tadi je dorang ada masalah sikit..
kawan aku : ko tau tak dia tu suka kat ko! dah lama dia suka kat ko..ko je yang tak
tau..kenapa ko tak cuba tafsirkan pandangan mata dia tadi? dia menderita!
kitorang yang lain nampak semua tu!
aku : Ya Allah! Mana ko tau semua ni?
kawan aku : bini dia la yang bagi tau tadi kat si tasha tu..bini dia terjumpa diari
laki dia..dalam diari tu semua dia tulis pasal ko..and sebab tu la dorang
macam berperang je..pasal benda ni la..

Bila aku dengar je aku terus terduduk..nak menangis air mata darah pon dah tak guna..dah terlambat..rupa-rupanya aku tak bertepuk sebelah tangan selama ni..aku memang sengaja menafikan perasaan aku selama ni sebab tak mungkin lelaki perfect macam dia nak kat aku..aku cuma simpan angan-angan aku untuk bersama dengan dia 1 hari nanti..tapi perancangan Allah tu takde siapa yang tau..rupa-rupanya selama ni kitorang masing-masing memendam perasaan yang sama..Ya Allah..ujian apa yang kau turunkan pada hamba mu ini? aku terus mesej dia + air mata tak berhenti mengalir..

"Aku doakan semoga ko berbahagia..aku hanya mampu jadi sahabat sejati ko je..jangan la ko mengimpikan lebih dari tu..nanti ko yang merana..aku mintak maaf sebab aku tak nampak semua tu..tapi yakin lah setiap yang berlaku mesti ada hikmahnya..InsyaAllah kalau ada rezeki kita akan jumpa lagi..esok aku akan pergi 1 tempat yang jauh..tempat yang aku idamkan dari dulu..aku tau yang ko pon tau tempat tu..tapi 1 je yang aku mintak..tolong jangan cari aku demi persahabatan kita..lagi 1,buang nama aku dalam hati ko sebagai perempuan yang ko suka.."

note : cerita ni diadaptasi dari mimpi aku sebenarnya + makeover sikit..:)

Tuesday, January 1, 2013

Finally done!!!

Assalamualaikum..

Hari ni hari yang paling gembira bagi aku..bukan disebabkan tahun baru (2013) tapi disebabkan assignment aku siap gak akhirnya walaupun ala2 copy paste dari kawan gitu..

Kepada kawan aku (ma dengan bella) thanks sebab tolong menjayakan assignment yang bagi aku tersangat la azab..huhu

InsyaAllah esok dah boleh present kat opis sir..lega sebab dah boleh tumpu kat buku/note2 pulak..(orang sibuk baca buku/study untuk final ko baru terhegeh-hegeh nak siapkan assignment)..

Harap2 sempat la nak pulun semua note2 2 masuk dalam otak..biasa orang cakap kalau study last2 minute ni paham2 la camne result dia kan..

Bersempena dengan tahun baru 2013 ni aku dah listkan sikit azam aku(konon2 je)..

1- Nak study betul2 (tak nak tidur/bersembang/bergosip time kuliah)

2- Lepas subuh JANGAN TIDUR!!! Terus ngadap buku , jangan ngadap bantal

3- Nak cuba bangun awal (solat subuh) sebab sebelum ni tak berapa nak awal , tapi kalau dah terlajak nak buat camne kan..(tak sengaja/tidur mati) huhu..

4- Nak banyakkan amalan MULIA lagi BERPAHALA..(insyaAllah)

5- Jimatkan perbelanjaan tahun ni..(dalam bank tinggal berapa sen je..sedar sikit yang ko 2 dah kering-jangan nak bershopping je!)

6- Tak nak buat kerja last minute (lagi2 assignment-tapi memang selalu buat macam 2 kan?)

7- Nak belajar masak (menu yang susah2-dari ko makan kat kedai baik ko buat sendiri-jimat sikit duit-bukan setakat ko sorang je yang boleh makan tapi satu rumah boleh rasa-kalau sedap la , kalau tak sedap diam2 je)

8- Nak jadi orang yang disenangi dengan semua orang..:)

9- Nak buang semua perangai mazmumah aku..

Asal macam banyak pulak..tadi cakap sikit je..tapi ni konon2 je..walaupun konon2 harapnya aku dapat buat semua benda 2..InsyaAllah


Ok la..macam dah takde idea nak merepek so samapai sini jela..:)
Sekian..