Assalamualaikum..
Hari ni selesai la aku kemas barang , ambik borang check out
dekat pejabat , pulangkan kunci..dua kali aku masuk pejabat aku asyik dengar
amaran yang sama je.."Pastikan takde sisa makanan kat rumah tu , jangan ada
sampah kat dalam & luar rumah..Kalau ada nanti saya denda" Kalau ada 10 orang kat dalam opis tu maunya
dia ulang 10 kali..mujur ada 2 orang je..aku yang dengar ni dah boleh hafal ayat keramat tu..
Dalam pukul 11 lebih aku turun opis..kalau sebelum tu aku
ambik borang check out yang ni aku nak pulangkan kunci rumah pulak..aku doa-doa
bukan staff yang suka membebel yang jaga kaunter..hehe..tak tahan telinga aku
dengar amaran dia tu..fuhh lega sebab yang jaga tu student..encik staff tu
duduk kat meja lain tapinya amaran dia still aku dengar "Pastikan takde sisa
makanan kat rumah tu , jangan ada sampah kat dalam & luar rumah..Kalau ada
nanti saya denda" Alahai encik staff
tak penat ke dari tadi asyik ulang benda yang sama je..? Nasib la siapa yang
berurusan dengan encik staff tu..
Akhirnya orang yang ambik aku pon datang dalam pukul 12
lebih (abang ipar aku)..punya la aku menunggu bagai nak rak..plan asal , kakak aku yang nak ambik dalam pukul 8 pagi , dia gerak dari rumah..aku pon semangat
mengemas bagai..aleh-aleh kakak aku call..
Kakak aku : Jah..yang ambik ko nanti si AMBULAN tau..
Aku : awatnya pulak jah?
Kakak aku : Aku malas nak bawak Wira tu..nak bawak Avanza
tapi si Rizan tu guna tak balik-balik..tapi ko relax sudah la..si AMBULAN ni tidur lagi..
Aku : ha tak kisah la jah janji aku balik..AMBULAN pon
AMBULAN la..
Time on the way tu boleh pulak abang ipar aku cerita pasal
kereta..( jah..aku ni dah la perempuan mana la tau sangat pasal benda alah
tu..huhu) Dah dia sembang aku on jela..dari senyap je baik la sembang
kan..mujur la aku tau sikit pasal kereta kan..beza kereta 1.5 dengan 1.3..pasal
enjin dia..NGV..DIESEL..PETROL..penat jugak la aku nak proses maklumat tu dalam
otak..terima kasih la kat kawan aku sebab dia la yang ajar aku beza-beza dorang
tu time aku lepak kat bengkel dulu ( kereta
kawan aku rosak tu yang sampai ke bengkel – masa tu form 5 )
Dah nak sampai rumah kakak aku tu , abang ipar aku tak terus
balik..dia singgah Tesco dulu nak beli barang katanya..aku pon follow jela
kan..Tesco kat Setia Alam ni nampak mewah sikit macam kat Warta kat Bangi nak
dibandingkan dengan Tesco kat Nilai
biasa-biasa je..naik-naik je kat tingkat 2..alahai ternampak kedai buku
pulak..siap ada offer lagi tu..aku ni dah la pantang masuk kedai buku confirm
beli..belek punya belek memang aku beli pon..( beli je lebih bacanya tak! )
Aku pon terus la masuk kat Tesconya..blur tak tau nak cari
apa..abang ipar aku suruh carik roti kopi..masalahnya aku tak kenal roti kopi
tu camne..( Nampak no ketinggalan zamannya ) So aku tawaf jela kat situ..setiap bahagian
aku tengok..first aku masuk kat bahagian jual anak patung..sangat comel..
![]() |
Kami adik beradik tapi lain mak lain bapak :p Kami comel bukan? |
Dah tak tau nak beli apa so tengok-tengok jela..last-lastnya
aku beli air ( haus gila ) + coklat + jajan sikit..dah siap bayar aku pon pegi
round tempat lain..tengok baju , pashmina , skirt ( kat level 2 lagi ) dah puas
pusing turun level 1 pulak tengok kerongsang ..kitorang assume yang abang ipar
kitorang dah tunggu kat kereta sebab dah sejam lebih dok melacak kat Tesco
tu..aleh-aleh dapat call “ko kat mana tu..meh naik tingkat 2”..la kat tingkat 2
lagi rupanya..aduhai..yang aku tak tahannya dalam masa sejam lebih tu dia cuma
dapat 2 barang je..tu belum bayar lagi..kakak
aku bagi mesej..
Kakak aku : Jah ko kat mana tu?
Aku : Tesco jah..laki ko ni boleh tahan kalau carik barang..
Kakak aku : Tau takpe..
Aku : Aku dah tawaf dalam tesco ni berapa kali dah..mana
entah si lijah tu..
Aku : Laki ko ni mengalahkan orang perempuan bershopping la
jah..
Berapa minit lepas tu ( lama jugak la – kalau disuruh balik
rumah dah sampai agaknya )
Aku : Jah..aku kat Tesco lagi!
Kakak aku : Ko buat apa lagi jah?
Aku : Tunggu laki ko la jah..punya la lama..aku siap round
kat tingkat 1..lepas tu naik balik tingkat 2..tengok-tengok laki ko beli boxer
dengan maggi je..alahai tijah..
Kakak aku : Kan..ko mampu jah?
Aku : Jah..aku dah siap bayar aku punya barang dari tadi..
Kakak aku : Ko layan jela..
Yang tak tahannya abang ipar aku pegi kat bahagian lain
pulak..dia tengok barang-barang lain pulak..tengok towel la hanger la syampu la
gula la sayur la..masalahnya setiap kali dia nak pilih 1 barang tu mesti 1 jam
punya..aku ni yang tukang tolak troli memang kena follow dia jela kan..kitorang
tak boleh berenti kat bahagian lain..contoh kalau dia tengah pilih sayur , yang
kitorang pulak tunggu kat tempat buah confirm lepas tu dia akan pilih buah
pulak..kalau dia tengah pilih buah , kitorang kat tempat ayam sejuk beku
confirm dia beli jugak..alahai jah semua nak dibeli ke? Time dia tengah
pilih-pilih tu aku sempat la snap berapa gambar ( bosan kot tunggu lama-lama )
![]() |
Lobak putih jenis merah Sumpah aku tak pernah jumpa lobak warna ni! |
![]() |
Labu dia besar jah! Baling kat perompak confirm pengsan :p |
![]() |
Siap ada taman lagi tu (Sebenarnya dia jual baja) |
![]() |
Siap ada kelapa pandan First time aku jumpa kelapa dalam Tesco! |
![]() |
Air bikarbonat Botol dia exclusive la |
![]() |
Ha ni pon sama jugak |
![]() |
Pesanan dari Dato Seri Michelle Yeoh Jangan lupa beli~ |
![]() |
Ha ni agak exotic sikit Aku memang tak pernah tau teh ada brand ni.. AHMAD TEA LONDON EARL GREY TEA EXCLUSIVE QUALITY TEA |
![]() |
Antara brand AHMAD TEA yang lain Berperisa.. Macam sedap |
![]() |
Lagi 1 AHMAD TEA paket dia lawa kan |
Last-last aku keluar dulu pegi ambik barang kat kaunter
simpan barang..maklum la tak boleh bawak masuk barang kan kalau nak masuk
membeli belah kat dalam tu..terus aku carik tempat duduk ( penat weh berjalan
je ) Tu pon dia boleh pilih-pilih lagi
kat dalam..aku dah tak kuasa nak tolak troli so aku biar kemba aku dengan abang
ipar aku je yang settle selebihnya..hehe..
Note :
- AMBULAN tu abang ipar aku la..dia bawak kereta laju bebeno..tu yang kitorang (aku + kemba aku + kakak aku) panggil dia AMBULAN..
- Kalau aku dapat suami macam abang ipar aku dialog aku berbunyi “abang..saya balik dulu ya naik teksi” hahaha
No comments:
Post a Comment