Tuesday, January 1, 2013

Finally done!!!

Assalamualaikum..

Hari ni hari yang paling gembira bagi aku..bukan disebabkan tahun baru (2013) tapi disebabkan assignment aku siap gak akhirnya walaupun ala2 copy paste dari kawan gitu..

Kepada kawan aku (ma dengan bella) thanks sebab tolong menjayakan assignment yang bagi aku tersangat la azab..huhu

InsyaAllah esok dah boleh present kat opis sir..lega sebab dah boleh tumpu kat buku/note2 pulak..(orang sibuk baca buku/study untuk final ko baru terhegeh-hegeh nak siapkan assignment)..

Harap2 sempat la nak pulun semua note2 2 masuk dalam otak..biasa orang cakap kalau study last2 minute ni paham2 la camne result dia kan..

Bersempena dengan tahun baru 2013 ni aku dah listkan sikit azam aku(konon2 je)..

1- Nak study betul2 (tak nak tidur/bersembang/bergosip time kuliah)

2- Lepas subuh JANGAN TIDUR!!! Terus ngadap buku , jangan ngadap bantal

3- Nak cuba bangun awal (solat subuh) sebab sebelum ni tak berapa nak awal , tapi kalau dah terlajak nak buat camne kan..(tak sengaja/tidur mati) huhu..

4- Nak banyakkan amalan MULIA lagi BERPAHALA..(insyaAllah)

5- Jimatkan perbelanjaan tahun ni..(dalam bank tinggal berapa sen je..sedar sikit yang ko 2 dah kering-jangan nak bershopping je!)

6- Tak nak buat kerja last minute (lagi2 assignment-tapi memang selalu buat macam 2 kan?)

7- Nak belajar masak (menu yang susah2-dari ko makan kat kedai baik ko buat sendiri-jimat sikit duit-bukan setakat ko sorang je yang boleh makan tapi satu rumah boleh rasa-kalau sedap la , kalau tak sedap diam2 je)

8- Nak jadi orang yang disenangi dengan semua orang..:)

9- Nak buang semua perangai mazmumah aku..

Asal macam banyak pulak..tadi cakap sikit je..tapi ni konon2 je..walaupun konon2 harapnya aku dapat buat semua benda 2..InsyaAllah


Ok la..macam dah takde idea nak merepek so samapai sini jela..:)
Sekian..

No comments:

Post a Comment