Sunday, January 13, 2013

Assalamualaikum..

Malam ni aku dalam mood minggu exam lagi..tu yang mata dah terbiasa tidur lewat yang konon-konon mentelaah subjek..( padahal dah berapa banyak movie ko layan tadi kan )
Straight forward jela..sepatutnya aku tulis entri ni beberapa jam yang lalu ( lepas maghrib - sekarang dah pukul 2.55 pagi! ) gedik lagi check laptop adik aku ade movie apa je kan dah tertengok ( 3 movie kot - poyo cakap tertengok padahal memang nak tengok pon )

Aku sebenarnya nak cerita pasal bakso yang aku makan dengan adik aku tadi..kalau aku cerita lepas aku makan tadi feel tu mesti ada lagi..takpe la niat nak cerita tu still ada so teruskan jela kan..( yang penting niat )



maggi + bebola daging + sambal = bakso mabeles!



Ha ni la dia bakso yang aku maksudkan..bukan maggi ( mak tak makan maggi nok! ) memang la benda tu maggi tapi kuah dia tu bukan la kari/asam laksa/ayam..kuah dia sup..ada dua pilihan antara maggi/suun..so kalau nak beli tu cakap kat makcik tu awal-awal.."makcik saya nak bakso maggi" ( pandai-pandai la nak cakap kat makcik tu camne )

Aku dah try yang suun masa awal-awal sem hari tu..so tadi aku teringin pulak nak makan yang maggi punya..yang maggi ni lembut sikit and senang nak kunyah berbanding suun tu..tapi kalau nak order tu memang kena cakap awal-awal sebab nanti makcik tu akan buat ikut style dia..kalau macam aku ni suka makan kuah putih je..so aku biasa akan pesan kat makcik tu kuah tu tak nak campur dengan sos and kicap , sambal asing..

Bakso makcik ni power kat dia punya sup ( panas gila ) bebola daging ( banyak - 7 ketul ) dengan sambal ( sangat pedas )..tu yang aku addicted sangat dengan bakso dia..nak cakapnya bakso kat area hostel aku ni la yang best in the world! pakej lengkap.. makan hari-hari pon takpe..:)

Bukan setakat bakso je yang makcik tu jual..kuih pon ada..tapi selama 22 tahun aku duduk kat Malaysia aku tak pernah jumpa lagi kuih muih yang makcik tu jual ( memang la tak pernah jumpa kuih tu sebab makcik tu come from Indonesia - so kuih tu famous kat sana jela )..Dalam istilah aku benda tu kuih..dalam istilah makcik tu pulak benda tu gorengan..sama je cuma istilah je berbeza..Untuk gambar gorengan tu aku tak sempat nak tangkap gambar sebab awal-awal bismillah benda tu aku dah licinkan dulu ( lapar punya pasal )

Walaupun kuih tu macam tak berkhasiat ( nama pon gorengan kan mesti la berkaitan dengan minyak ) tapi aku still suka cuma aku tak la ambik banyak-banyak kan ( jaga badan - konon-konon dah gemuk )..aku suka beli tahu goreng dia sebab rasa masin yang ada kat lapisan luar tu yang jadikan tahu tu sedap + menyelerakan tak kisah la dah sejuk ke apa kan..( aku tolak batu + kayu + tiang letrek je - yang lain aku bedal - tak kisah sedap ke tak ).. Selain dari tahu goreng , ada kuih lain yang aku tak tau namanya..kuih tu macam cucur udang tapi takde udang just sayur je..and lagi 1 kuih dia macam tahu sumbat..kalau kat Malaysia kuih tu disumbat dengan lobak & tauge tapi yang ni disumbat dengan kobis + suun..untuk bahagian gorengan ni dia ada sambalnya sendiri ( tak main la share-share kan ) and makcik tu pulak sediakan cili mentah yang selalu kat sambal kicap/sambal belacan tu ( cili tu dimakan dengan gorengan - gigit & kunyah - memang berasap la kan )..aku tak pernah ambik sebab aku dah beli bakso yang memang sah-sah sambalnya menyengat sampai ke telinga..kalau aku ambik jugak memang ada yang tidur kat toilet la jawabnya..

Dari segi harga memang berpatutan even student-student yang tengah sengkek ( biasa la akhir-akhir sem duit dah habis ) pon kalau teringin nak makan still mampu nak beli..Lokasi dia tepi jalan je..macam warung la..even bukan restoran pon , pelanggan makcik tetap ramai..aku pon jenis tak kisah warung tepi jalan ke apa as along as halal and boleh masuk dengan jiwa , aku on je..

Note : sambal makcik tu pedas gila so sediakan tisu sekotak and air sebotol sebelum makan..:)

No comments:

Post a Comment