Thursday, December 26, 2013

~BERSANGKA BAIK~

ASSALAMUALAIKUM...

OH TIBA2 PAGI YANG MULIA (HARI JUMAAT) NI NAK MENAIP PULAK. AKU BUKAN APA, JUST NAK LUAHKAN SESUATU. AL KISAH MALAM TADI LA. DUDUK BERGOSIP DENGAN MEMBE2 BILIK. TIBA2 ADA 1 SUARA NI BERBUNYI

DIA: DAH LA, AWAK TAK PAYAH DENGAN DIA.
AKU: DAH KENAPA?
DIA: SAYA RASA BERSALAH EJEK AWAK DENGAN DIA
AKU: YELA. TAPI KENAPA?
DIA: LEPAS NI TAK NAK EJEK DAH
AKU: CUBA LA CAKAP BAGI HABIS
DIA: SAYA NAMPAK DIA KELUAR DENGAN PEREMPUAN
AKU: OH YEKE

AKU KAN DAH BIASA KENA GOSIP DENGAN ENTAH SIAPA2. THEN, KALI NI AKU KENA LAGI. AKU ASAL RAPAT SIKIT DENGAN BUDAK LELAKI, HA MULA LA GOSIP TU TERSEBAR DENGAN JAYANYA. KALAU BETUL TAK APA LA KAN. NI TERANG2 SALAH. DORANG NI ANGGAP AKU NI AWEK KEPADA SI "DIA" TU. TAPI KITORANG KAWAN JE, TAK LEBIH TAK KURANG. KAWAN BIASA PULAK TU. TAK ADA YANG SPECIALNYA.

BIASA LA KALAU LIKE STATUS KAT FB TU KAN. AKU PON BIASA JUGAK LA LIKE DIA PUNYA POST-SEBAB AYAT DIA SEDAP-KALAU TAK SEDAP AKU TAK LIKE. SAMA JUGAK MACAM DIA. KALAU AKU ADA SHARE SOMETHING ADA YANG DIA LIKE/KOMEN. PERKARA BIASA KAN.

KAWAN AKU YANG KAT DIALOG ATAS TU SIBUK CAKAP YANG DIA BOLEH TAU ORANG TU SUKA KAT ORANG NI. AHLI NUJUM KATANYA ^_^ HEHEHE~ DIA BOLEH CAKAP YANG SI "DIA" TU SUKA KAT AKU (IKUT FIRASAT DIA LA). SERIES MENGARUT! AKU ELOK JE TAK ADA PERASAAN KAT MAMAT TU. KAWAN AKU PULAK YANG OVER. KE KAWAN AKU YANG SUKA KAT DIA. HAHAHA~ \0/

OK BERBALIK KAT TAJUK KAT ATAS ~BERSANGKA BAIK~ KAN KAWAN AKU TU JUMPA SI "DIA" YANG KONON2 SUKA KAT AKU TU KAT SOMEWHERE DENGAN PEREMPUAN. HAK KAWAN AKU TU DIA TERUS ANGGAP PEREMPUAN TU AWEK SI "DIA". TU YANG DIA CAKAP DENGAN AKU MACAM DIALOG KAT ATAS TU.

BAGI PANDANGAN AKU LA KAN, TAK SEMESTI YANG KITA NAMPAK TU DAH MENCERITAKAN KEBENARAN. MESTI ADA PART YANG TERSKIP SIKIT2. TAK KISAH LA SIKIT KE BANYAK. JADINYA JANGAN JUDGE SESEORANG TANPA TAU CERITA SEBENAR. NI TAK, ASAL NAMPAK JE TERUS ASSUME BENDA TU BETUL. SO PLEASE JANGAN AMALKAN SIKAP MACAM TU YE. TAK BAIK UNTUK KESIHATAN. CUBA FIKIR DULU KENAPA DORANG TU BOLEH KELUAR SAMA2. AKU BUKAN NAK BEKAP SI "DIA" TAPI BENDA BETUL KAN.

AKU CUMA BOLEH BERSANGKA BAIK JE DENGAN DORANG. AKU PON BUKAN SIAPA2 NAK TANYA LEBIH2 KAT SI "DIA". NANTI KANG DIA CAKAP AKU MENYIBUK PULAK NAK TAU PASAL LIFE DIA. DIA PUNYA LIFE DIA PUNYA PASAL LA KAN. HAK KAWAN AKU NI PATTERN PEREMPUAN MELAYU TERAKHIR YANG PENUH CURIGA & SYAK WASANGKA. BUKAN NAK TAPIS DULU ANDAIAN TU. SI "DIA" PERNAH CAKAP DENGAN AKU YANG DIA SINGLE LAGI. THEN AKU PERCAYA JE LA. KAN? TAK KAN LA AKU NAK PASANG SPY PULAK NAK TAU KESAHIHAN DIA KAN. MACAM TAK ADA KERJA. 

LAGI 1 EH APA MASALAHNYA KALAU DORANG ADA APA2 PON. LANGSUNG TAK ADA KAITAN DENGAN AKU. PELIK LA KAWAN2 AKU NI. DORANG YANG TOLONG KECEWAKAN BAGI PIHAK AKU. HAHAHA~ YANG AKU BERCINTA DENGAN SI "DIA" TU. HAISH! BAGI AKU AS LONG AS DIA CAKAP DIA SINGLE, DIA JUST KAWAN JE DENGAN PEREMPUAN TU, AKU AKAN PERCAYA. EVEN AKU TAK PERCAYA PON AKU AKAN CAKAP AKU PERCAYA. NAK SEDAP KAN HATI SI "DIA" PUNYA PASAL. DIA NAK TIPU DIA PUNYA PASAL LA KAN.

AKU RASA SETAKAT TU JE LUAHAN AKU UNTUK HARI INI.

P/S DONT JUDGE THE BOOK BY ITS COVER ^_^ SALAM JUMAAT~

Wednesday, December 25, 2013

Flash Back

Assalamualaikum..

Macam dah lama tak menaip kat blog ni. Al maklum la buzy bebeno kan. Tahun akhir katanya. ^_^

Antara sedar atau tak dah 4 tahun aku belajar kat negeri orang (konon-konon anak perantau la). Dalam masa 4 tahun ni banyak perkara yang dah jadi. Tak kisah la pahit/manis/masam/masin/pahit/tawar. Semua ada. Asal la aku suka update time study week. Pelik. Abaikan. Berbalik kat 4 tahun tu. Aku rasa sedih nak tinggalkan kawan2 aku. Habis je final kitorang dah tak jumpa. Tapi disebabkan kitorang ada lawatan antarabangsa so kitorang ada masa dalam 2 bulan lagi bersama (tu pon kalau group lawatan antarabangsa sama-kalau tak memang tak jumpa dah la lepas final).

Ingat lagi masa tahun satu, time tu la mula kenal dengan kawan2 lain daerah, lain negeri. Time tu la nak cipta keserasian. Alhamdulillah semua berjalan lancar. Masa tahun satu ingat lagi budak2 nye sangat skema. Pergi kampus confirm gantung kad matrik kat leher. Budak lakinya tak pernah tinggal tie. Peraturan katanya ^_^

Memang semua dengar kata tak kisah la laki ke perempuan. Bagus.

Naik tahun dua dah mula tunjuk otai sikit. Kad matrik pon jarang nak gantung. Tie pon entah ke mana. Biasa la tu bila dah bergelar senior. Subjek pon makin mencabar + ada je killer subjek. Assignment berbentuk projek pon dikenalkan. Nak adapt ke otak tu kemain susahnya. Bila naik je tahun 3 & 4 lagi la jadi taiko. Kad matrik pon tak bawak. Tie pon dah jadi alas kaki rasanya. Nak nampak kaum adam pakai tie kemain payahnya. Tunggu kena bebel dengan ayahanda baru kelam kabut cari.


Baru2 ni kitorang ada buat dinner last untuk kos kitorang. Memang glam la kan. Tapi tu semua tak penting. Yang penting kehadiran ayahanda kitorang. Selama kitorang kat sini, ayahanda la yang selalu bagi nasihat walaupun dikategorikan membebel + panas je telinga tu kalau dengar. Nak2 pulak tahun akhir kitorang ni jadi tahun akhir ayahanda pegang jawatan KP. Rezeki kitorang la bertapak kat FPQS selama 4 tahun dengan ayahanda. Masa dengar ucapan dari dekan, kitorang sangat terharu dengan sikap ayahanda yang sangat caring + membekap student2 nya.


Bak kata dekan, dalam hati ayahanda tu cuma ada kitorang je & kitorang terlalu dekat dengan dia. :-0 Walaupun kadang2 ada student yang perangai entah apa2, dia tetap bekap kalau dah sampai depan dekan. Dekan sendiri cakap ayahanda ni KP yang sangat mencabar a.k.a susah nak hande. Sedih + terharu dengan ayahanda. Sob sob~. Apa pun perjuangan kena teruskan. Jangan menyerah kalah walaupun ayahanda tak ada di sisi. Hehe.


Sem 7 adalah sem last aku pegang buku, sem last aku buat assignment + thesis, sem last aku print nota & slip exam, sem last aku masuk dewan exam & sem last aku cipta kenangan dengan kawan2. Tak kisah la kawan 1 kelas, lain kelas, lain kos, lain fakulti, lain tahun. Semua tu kena buat dalam sem 7. Sedih nak tinggalkan kawan2. Perasaan aku ni dah bercampur bila mengenangkan perangai kawan2 yang macam2 ragam ni. Bila dikenang balik ada yang lawak, ada yang buat aku senyum sorang2, ada yang buat aku ala2 tension, ada yang over manja. Semua ada la.


Habis je final aku jadi practical student. Time praktikal la kita kena paktikkan semula apa yang kita belajar selama 4 tahun tu. Tapi bila fikir balik ilmu aku tak banyak mana pun. Even orang tanya pasal hukum hakam belum tentu aku mampu nak jawab. Aku pon tak tau sebab apa. Mungkin aku banyak main time study. Balik rumah kena bukak buku semula la jawabnya. Muhasabah diri balik ye!


Baru2 ni aku ada bukak 1 blog hasil daripada penat lelah aku menyetalk Fb dia. Dari situ aku tau life dia & keluarga dia macam mana. Aku dapat rasa penat lelah dia sebagai anak perantau mencari ilmu. Memang nampak keperitan dia jauh dari keluarga lepas tu duduk pulak kat tempat orang. Dia memang perempuan yang tabah. Tapi dengan bersusah payah dia tu la dia jadi orang berjaya sekarang. Aku sangat kagum dengan sifat & keperibadian dia. Penuh dengan ciri muslimah. Nak dibandingkan aku dengan dia macam langit dengan bumi. Ilmu dia terlalu banyak padahal umur dia baru 26. Terasa diri aku ni sangat kerdil kalau digandingkan dengan dia.:-( Kalau aku dibagi kesempatan jumpa dia depan mata memang banyak benda aku nak tanya. Kagum punya pasal kan.


Asal mata aku tiba2 nak pejam ni. Untuk mengelakkan aku taip benda yang tak sepatutnya, aku kena stop dulu. Sekian.




Monday, November 4, 2013

Patah Hati Ending..

Assalamualaikum...

Aku rasa aku dah patut akhirkan aku punya sesi patah hati ni. Bila fikir balik macam buang masa je melayan perasaan (konon2 sedih) ni. Aku sibuk melayan perasaan frust, hak dia elok je bergelak ketawa. Macam tak ada apa2. Dah dia memang tak tau apa2 kan. Sebab tu dia selamber je. Aku rasa aku dah boleh sembang dengan dia macam biasa, macam dulu2. Tapi dengan syarat perasaan aku tak buat hal. Ala kalo buat hal pon aku boleh buat apa kan, Paling koman diam je. Kiranya aku dah boleh tamatkan kisah cinta tak kesampaian aku kat sini. Bila aku ternampak gambar dia kat FB pon aku boleh buat dek je. Kira dah berjaya la tu kan.


Ok la aku nak cerita pasal mimpi aku. Aku mimpi aku dah berkahwin dengan sorang mamat ni. Realitinya aku kenal je dia tu. Tapi kenal camtu je. Tak lebih tak kurang. Kiranya aku memang tak tau apa2 pasal diri dia. Dalam mimpi aku tu aku kahwin mengejut. Tak ramai yang tau. Sebab aku kahwin pon tak tau. Ala biasa la kalau mimpi kan. Mesti ada part yang terskip.


Jadinya aku nak cerita sikit pasal ciri2 suami dalam mimpi aku tu. Dia tinngi lampai, kurus, hidung mancung. Senang cerita dia memang handsome la. Berbalik kat mimpi aku tu, bila aku dah kahwin dengan dia, so aku kena tinggal dengan dia. Padahal aku duduk asrama masa tu (tak banyak duit nak menyewa). Terpaksa la aku berkemas bagai nak pindah rumah la katakan (rumah suami tercinta..hehe).


Bagi aku dia macam baik la (dalam mimpi je kot). Aku suruh dia bawak barang, dia bawak. Siap senyum lagi tu. Dia pon jenis yang tak tinggikan suara. Ok la tu kan. Ada 1 part ni dia balik kampung aku (aku rasa aku balik dulu kot). Time tu dia pakai kemeja warna krim jingga. Tak tau dari mana. Yang penting time tu kitorang nak siang ikan kat luar rumah. Banyak gila kot.


Jadi dia pon menawarkan diri nak tolong siang sekali. Mithali kan. Dah tau nak siang ikan tu awatnye tak lipat lengan kemeja tu. Memandangkan aku ni isteri yang memang mithali + aku baru lepas basuh tangan, memang dia suruh aku lipat lengan dia tu. "Meh sini lipatkan baju" "Abang, saya lap ek kat baju abang" "Eh jangan la". Tak payah mintak izin nak lap pon memang dah basah. Sebab aku baru basuh tangan kan.


Bila aku jumpa ex awek dia (realiti dan mimpi), dia cerita la semua pasal suami aku tu. Apa perangai dia dan macam2 lagi. Jadinya aku tau jugak la pasal dia kan. Tapi aku tak jeles pon dengan ex awek dia tu sebab kitorang kenal 1 sama lain. Suami aku pon anggap dia kawan. Ada 1 part ni dia cerita yang suami aku ni liat nak bangun pagi. Memang betul pon. Punya la jenuh aku kejut dia suruh solat subuh. Dia  boleh je bangun tapi memakan masa yang lama. Choi sangat perangai suami aku dalam mimpi tu.


Hahaha. Dah habis cerita pasal mimpi aku tu. Sebenarnya aku asyik tersenyum je bila fikir balik pasal mimpi aku tu. Realitinya aku tanam tekad nak suka kat mamat tu (suami dalam mimpi) tapi tak apa la. Aku batalkan je la. Aku tak nak jadi macam yang lepas punya. Kang frust menonggeng lagi. Buat biasa2 sudah. Mimpi kan

mainan tidur....

Wednesday, October 30, 2013

Patah hati part 2

ASSALAMUALAIKUM...

HARI NI AKU DUDUK KAT LIBRARY SEMENTARA TUNGGU KELAS PUKUL 4. AKU DUDUK SORANG2. HABIS JE KELAS AKU TERUS PERGI LIBRARY. AKU CUBA NAK ELAK DARI BERTEMBUNG DENGAN DIA. AKU BUKAN NAK LARIKAN DIRI DARI SEMUA ORANG LAGI2 DIA, TAPI AKU NAK CUBA MELUPAKAN. NAK SUKA KAT ORANG TU SEKEJAP JE. TAPI NAK LUPAKAN MEMANG AMBIK MASA. TU YANG JADI KAT AKU SEKARANG NI. START SEMALAM AKU MACAM SUSAH NAK SENYUM. AKU BUKAN NAK TUNJUK KAT SEMUA ORANG YANG AKU NI SORT OF PATAH HATI. TAPI AKU TAK BOLEH NAK BERPURA2 GEMBIRA. BUAT MASA SEKARANG BIAR LA AKU SORANG2. AKU BELAJAR TADI PON MENERAWANG ENTAH KE MANA. TAPI SAMPAI BILA AKU NAK JADI MACAM NI? AKU PON TAK TAU. BUAT MASA SEKARANG NI AKU CUBA NAK MENYIBUKKAN DIRI DENGAN THESIS, ASSIGNMENT. DENGAN HARAPAN AKU BOLEH LUPAKAN DIA SIKIT2. HARAPNYA AKU DAPAT LUPAKAN DIA....

PATAH HATI :-(

ASSALAMUALAIKUM........



AKU TAK TAU NAK CAKAP APA. YANG PENTING MOOD AKU SEKARANG : PATAH HATI/KECEWA/SEDIH TAK TERKATA. SEBENARNYA AKU NAK CERITA PASAL SORANG MAMAT NI. AKU START KENAL DIA KAT 1 EVENT NI. KAT EVENT TU AKU JUST KENAL2 CAMTU JE. TAK LEBIH TAK KURANG. SAMPAI LA DIA JOIN JADI MEMBER UNTUK 1 KELAB NI. KAT SITU AKU KENAL DIA SIKIT2. AKU BARU TAU PERANGAI DIA GILE2, SEMPOI, SENANG MASUK DENGAN SEMUA ORANG. AKU YANG BARU KENAL PON TAK KEKOK BILE SEMBANG DENGAN DIA. MACAM KAWAN DAH LAMA KENAL. START DARI TU KALAU NAMPAK JE KAT KAMPUS COMFORM KITORANG BERTEGUR SAPA. KAWAN LA KATAKAN. TAPI AKU TAK RASA AKU ANGGAP DIA JUST KAWAN. SEBAB BILA AKU TAK NAMPAK DIA SEHARI CONFORM AKU MACAM ORANG GILA BAYANG. KITORANG TAK SAMA TAHUN. DIA JUNIOR AKU. 

AKU PON TAK SEDAR BILA MASA AKU START USHA DIA. TAPI YANG PENTING AKU AKAN CIPTA 1 KEBETULAN UNTUK JUMPA DENGAN DIA. BAGI DIA KALAU JUMPA AKU TU CUMA KEBETULAN. TAPI BAGI AKU JUMPA DENGAN DIA ADALAH 1 RANCANGAN. AKU CUBA SELIDIK KELAS DIA KAT MANA. THEN AKU AKAN BUAT2 LALU DEPAN KELAS DIA. DENGAN HARAPAN DIA AKAN NAMPAK AKU. FINALLY DIA NAMPAK AKU. AKU AKAN RASA LEGA KALAU NAMPAK MUKA DIA WALAUPUN DIA TAK NAMPAK AKU. MASA AKU TAHUN 3 AKU KERAP LA JUMPA DIA. KELAS PON KADANG SEBELAH JE. 

TAPI BILA AKU NAIK TAHUN 4 AKU MULA SIBUK DENGAN THESIS. YANG DIA PON SIBUK DENGAN AKTIVITI DIA. SO KITORANG JARANG JUMPA. MASA AKU SEM 5 LA YANG AKU BANYAK KALI BERTEGUR DENGAN DIA. BERBANDING DENGAN SEKARANG MEMANG SUSAH. KADANG NAK DEKAT 2 MINGGU TAK NAMPAK BATANG HIDUNG DIA. AKU SELALU TANYA PASAL DIA KAT KAWAN DIA. MUJUR KAWAN DIA TAK SYAK APA2. AKU PON TAU PERANGAI DIA KAT KELAS MACAM MANA. DIA NI KUAT MENYAKAT. SERIES AKU CAKAP DIA NI TAK LA HANDSOME SANGAT. TAPI PERANGAI DIA TU HA YANG BUAT ORANG SENANG HATI.

NAK CAKAPNYA START SEM 5 SAMPAI LA AKU SEM 7 SEKARANG NI, AKU TAK PERNAH BERHENTI FIKIR PASAL DIA. KALAU BOLEH HARI2 NAK SEBUT NAMA DIA. TIME BIRTHDAY DIA AKU WISH CEPAT2. TAK NAK KETINGGALAN SEBAB 1ST KITORANG KENAL DIA SEBUT PASAL BIRTHDAY DIA. TIME BIRTDAY AKU DIA PON WISH JUGAK. MEMANG BERBUNGA RIANG HATI AKU. WALAUPUN DIA NI MACAM SENGET SIKIT TAPI DIA SANGAT CARING. CUMA DIA TAK TUNJUK. BUKTINYA TIME KITORANG PERGI 1 PROGRAM NI, AKU DENGAN ADIK AKU FOLLOW GROUP DIA NI, JALAN KAKI, SAJA GEDIK2 NAK BERJALAN DENGAN DORANG. TIBA2 ADA LA 1 INSIDEN NI MEMANG TAK DIJANGKA. KITORANG SEMUA PANIK. TAK TAU NAK BUAT APA. THEN AKU TERPANA DENGAN TINDAKAN DRASTIK DIA TU. TERKEJUT. TAPI AKU RASA DIA TAK SEDAR DIA BUAT APA KAT AKU. SEBAB DIA SELAMBER JE. AKU YANG TERPANA LEBIH2. LEPAS JE INSIDEN 2, DIA SENTIASA TOLEH KE BELAKANG KE ARAH KITORANG UNTUK MEMASTIKAN JARAK KITORANG DEKAT DENGAN DORANG. CARING KAN TU. 

 AKU ADA TERSEREMPAK DENGAN GENG DIA. AKU TEGUR LA KAWAN DIA TU. BILA AKU SIBUK BERGELAK KETAWA DENGAN KAWAN DIA TU, KEMAIN DIA JELESNYA SEBAB AKU TEROVER RAMAH MESRA DENGAN KAWAN DIA TU. TIME TU AKU BERBUNGA RIANG SIKIT LA KAN. BELAJAR PON SENGIH2 JE. TENGAH BAHAGIA KONON2NYA. TAPI BILA AKU DENGAR DARI ORANG LAIN YANG DIA NI RAJIN MESEJ DENGAN SORANG BUDAK PEREMPUAN NI, AKU MACAM TERSENTAP SIKIT. DIA DAH ADA AWEK KE? TIME TU HARAPAN AKU TURUN SIKIT2. TAPI AKU TETAP NAK KAT DIA. SEBAB AKU FIKIR DIA JUST KAWAN JE DENGAN BUDAK PEREMPUAN TU. AKU PON COOL JE. TAPI SEBENARNYA AKU RASA DIA SUKA KAT BUDAK PEREMPUAN TU. 

HARAPAN AKU MAKIN TIPIS. SAMPAI LA ADIK AKU SAKAT DIA. GAYA DIA JAWAP TU MENUNJUKKAN DIA DAH ADA. AKU RASA DIA DAH BERPUNYA. AKU DAH TAK ADA HARAPAN SEKARANG. SERIES AKU RASA KEHILANGAN DIA, PADAHAL DIA ADA JE. AKU RASA AKU MAKIN JAUH DARI DIA. NAK2 PULAK NI SEM LAST. SEM DEPAN AKU DAH TAK ADA PELUANG JUMPA DIA. NI LA BAHANA BILA SUKA KAT ORANG SEPARUH MATI + ORANG YANG KITA SUKA TU LANGSUNG TAK TAU PERASAAN KITA. MUNGKIN INI UJIAN AKU. AKU TAK TAU NAK BUAT APA KALAU JUMPA DIA NANTI. AKU HARAP TAK KAN JUMPA DIA KAT MANA2 MELAINKAN KEBETULAN YANG TAK DIRANCANG.....

Tuesday, July 9, 2013

Ramadhan telah tiba + meluahkan rasa

Assalamualaikum...

Wah tak sangka esok dah nak puasa. Lepas tu pejam celik pejam celik dah raya. Nasib baik baju dah siap. Saje nak mention. Haha~ Dikesempatan ini aku nak mengucapkan selamat berpuasa kepada manusia-manusia kat bumi ni (yang muslim la kan)

Tahun ni aku tak berpuasa dengan famili aku sebab aku dah kembali ke bumi Nilai atas tugasan yang perlu dilaksanakan. Sort of sobbing di sini. Hoho~ Aku kena wat thesis sebenarnya untuk final year. Tu la pejam celik pejam celik dah nak masuk tahun empat. Cepat je masa berlalu kan. Macam sekarang ni la. Masa aku terbuang macam tu je. 1 apa pon aku tak taip lagi. Sebabnya aku dok ralit baca novel. Dah 2 novel aku khatam. Buku rujukan untuk thesis tak sentuh lagi. Camne nak siap kerja ni Mak Lijoh?

Tadi aku pergi masjid sebab nak merasa terawih dengan kawan-kawan. 2 kereta gerak. Aku fikir tak ramai la yang berjemaah kat masjid. Sekali datang kau! Tak tau nak parking kat mane! Ah bedal la. Tepi jalan pon tepi jalan la. Perh memang tak tau nak kata apa la kan. Bapak ramai gila! Walaupun tak sambut puasa dengan famili tapi still best sebab kawan-kawan ada. Time ni la kena berdikari kan. Dah besar panjang kan! :-)

Aku nak recap benda yang dah jadi sebelum ni. Petang tadi dengan jayanya kitorang pergi pasar malam. Kawan aku la yang mengajaknya. Beriye kot! Tapi kitorang (aku + kemba aku) tak beli apa pon. Hak lagi sorang tu kemain membeli sakan. Yela konon konon esok nak puasa, so hari ni makan puas puas la. Ingat kan banyak banyak tu die punya. Aleh aleh bila nak masuk kereta, die boleh cakap....

Die : Ala camne nak kasi ha?
Kitorang : Kasi mende?
Die : Ni ha makanan makanan ni. Awak tau tak ni sape punya?
Kitorang : Sape?
Die : Lokman

Kitorang sengih je la. No wonder la mengajak pasar bagai. Rupa rupanya ada udang galah di sebalik mee maggi. Gitu~ Tapi die cakap kebetulan je. Tak kisah la kebetulan ke apa yang penting dorang macam ada jodoh gitu. Kitorang suka je kalo dorang tu "jadi". Sweet kot! Ramai yang jeles kalau nampak dorang berdua ni. Omo! \0/

Ok stop cerita pasal dorang. Dengan aku sekali jeles kalau cerita pasal dorang je. Aku nak mengenang kisah semalam sebenarnya walaupun tajuk post kat atas tu takde kaitan dengan apa yang aku nak cerita ni. Al kisah bermula bila aku, kemba aku, fara, ayu dengan kak asi pergi kat satu universiti....(dirahsiakan) hahaha~ sebab nak cari bahan bahan untuk thesis. Memang banyak gila rujukan yang aku jumpa. Naik pening aku tengok. Bila dah puas tawaf kat main library, kitorang pergi kat library lain pulak tapi still dalam U yang sama. Time nak gerak ke lib lain tu, hujan pulak turun. Dah la jalan kaki, nasib baik tak lebat sangat. Kitorang terpaksa menyelit nyelit kat bangunan fakulti mende entah semata mata nak ke library tu. Nampak kan semangat kitorang tu. Masuk masuk memang kena ikut procedure la kan. Tinggal kad matrik lepas tu tulis nama kat buku (untuk student luar je). Dah setel kitorang pon bergerak ke rak buku, yela nak cari buku kan. Dok ralit mencari tetibe akak kat kaunter tu datang..

Akak kaunter : Akak nak cakap sikit ni, kalau nak keluarkan buku dari raknya kena ada procedure die
Aku : Oh yeke. Camne kak?
Akak kaunter : Kene isi borang lepas tu ambik penanda
Aku : Kalau saya tengok dulu buku lepas tu dah jumpa baru isi borang boleh tak?
Akak kaunter : Boleh je

Time aku nak ke rak buku semula ade la sorang staff ni tetibe tegur aku

Die : Awak nak ke mana tu?
Aku : Nak tengok call number
Die : Make sure kalau nak cari buku tu dah tau call number die ape (dalam nada kerek)
Aku : Ok!

Eh eh eh eh mamat ni poyo la pulak! Kang aku bagi sedas dua baru ko tau. Lepas tu aku, kemba aku dengan ayu kena panggil dengan mamat poyo tu kat kaunter.

Die : Ni dari U mana?
Aku : Usim
Die : Nak cari buku kat sini ada rule die. Cari kat Opac dulu lepas tu isi borang, bukan main redah je.
Aku : Kalau kita tak jumpa buku yang kita nak tu camne?
Die : Tajuk die apa? Call number sekali
Aku : Ha apa kata encik tolong cari kan satu untuk saya
Die : Saya boleh cari kan satu je, yang lain cari sendiri

Eh dah ko tu dasar pemalas! Duduk kat kaunter membesarkan badan je! Kalau ko handsome takpe! Ni la dah la bajet handsome (tak handsome la maksudnya kan hahaahahhaha) lepas tu perangai pon kureng je aku tengok. Langsung tak mesra alam dengan pelanggan. Eh dah sah sah kitorang ni dari U luar yang tak tau apa apa pasal RULE dalam library tu, so apa salahnya awak yang duduk kat kaunter tu cakap elok elok, sopan sopan & explain pasal RULE yang ada. Ni tak, cakap pon dengan nada kerek! Bajej bagus la! Dush! Aku tak sarankan orang macam tu duduk tayang muka kat kaunter sebab die langsung tak membantu satu apa pon! Menyakitkan hati manusia sejagat ada la! Sebel je aku ni. Kan aku mintak die tolong cari kan satu buku, lepas tu die cakap boleh cari kan satu je, yang lain cari sendiri. Aku ingat die nak tolong cari dengan cara-jalan ke rak buku + cari kan. Ala setakat cari kat dalam data yang buku tu valid baik tak payah. Macam tu bukan setakat satu, tapi kalau sepuluh pon boleh kalau setakat die masukkan call number lepas tu sah kan buku tu ada ke tak. Ceh! Langsung tak guna tenaga Ok! Pemalas! Aku dah mula naik angin dengan mamat poyo tu (weh tak baiknya ko ngutuk die-ah peduli la-sape suruh cari pasal dengan aku). Aku apa lagi mula la buat adegan hempas hempas buku kat meja biar sedar sikit yang kitorang ni tengah bengang. Bukan setakat tu je, aku ngumpat die kuat kuat gitu (tak dosa kan) memang nak bagi die dengar pon! ok la tu ngumpat depan depan kan. Memang hari tu kurang bernasib baik sebab jumpa dengan mamat poyo tu. Dah la satu borang untuk satu buku je. Kalau nak buku lain kena isi borang semula. Leceh betul la. Bila aku isi semula & submit kat mamat tu

Die : Ni nak cari apa?
Aku : Tu (aku tunjuk kat borang tu )
Die : Call number mana?
Aku : Tu!

Weh dah sah sah aku tulis semua kat borang tu. Sibuk tak puas hati dengan aku apa hal! Harap je dah mata 4 tapi tak nampak jugak! Sebel la bercakap dengan mamat tu! Nasib baik yang lagi sorang tu baik hati. Bila adik aku tak jumpa buku, die tolong cari  (bukan cari pakai data tapi die berjalan ke rak + cari sampai jumpa). Kan elok kalau macam tu. Cuba la hak mamat poyo tu jadi macam die kompem orang respek suspek kat die. Ni tak perangai macam @#$$%%^&* entah apa apa. Nasib baik kitorang kejap je kat situ. Aku rasa kalau lama lama memang ada peperangan la kan. Aku rasa tak salah kalau kita tolong orang yang memerlukan kan. Dah sah sah orang tu dari luar, apa salahnya tolong sikit. Lepas tu banyak banyak kan senyum sebab awak tu duduk kat kaunter yang terang terang ramai orang memerlukan khidmat awak. Dah la awak tu staff salah satu U yang paling gah kat Malaysia ni, so perangai tu pon kena gah jugak la kan. Nanti apa tanggapan orang. Awak tu bawak nama U tau. Kalau ada peti cadangan dah lama aku tulis berjela jela pasal mamat tu.

P/s  : Budi bahasa budaya kita! Senyum sikit, bukan luak apa pon, tambah pahala ada la!

Saturday, June 15, 2013

Apa nak jadi ni???

Assalamualaikum..

Alhamdulillah akhirnya tamat la sudah sesi pengajian aku sem 6 ni..Tinggal 1 sem lagi lepas tu praktikal..Aku sekarang dalam mood study n ade  banyak paper lagi yang x habis..Tapi sibuk menggatal bukak blog lepas tu merepek entah pape kan..ko ingat menaip kat blog ni sejam dua siap ke? Tengah malam nanti baru siap agaknya..Orang suruh baca buku la bukan suruh bukak blog!!! Hoho~

Sepanjang sem 6 ni banyak jugak la aktiviti yang aku join..Tu yang x menang tangan kan..Cerite aku pasal aktiviti kat kampung bersempena cuti sem hari tu pon x sempat aku nak habiskan.. Biar la tergantung kat tengah jalan..Malas dah aku nak update pasal cuti tu..Sebabnya aku dah lupa jalan ceritanya..Hahaha~ Satu pon x ingat..Busy punya pasal kan..Tapi series aku cakap sem ni memang jadual pack..Lepas tu busy pulak dengan aktiviti SRM..Nak cakapnya hujung minggu aku memang xde kat bilik..Ada je hal..Orang penting la kononnya..:-)

Banyak cerita time aku kat sem 6 ni..yang kena gosip la ape la..X pasal aku sekali kene gosip dengan sorang mamat ni..Ha ni yang nak bukak cerita ni..Dorang ni entah hape-hape la..Start kene gosipnya time penghujung sem 5..Lepas tu merebak sampai sem 6 ni..Nasib baik sekarang dah stop..Boleh la aku hidup dengan aman dan sentosa..Asalnya aku dengan mamat tu x pernah tegur pon..Aku pon x sedar yang dia tu wujud..Sampai la kawan aku sorang ni boleh petik nama aku jadi S/U mamat tu..Yang tu ok lagi kan..S/U je kot..Dah berapa hari berlalu, boleh pulak mamat tu tepon aku..Nak tau sebab ape? Sebab dia nak tanya pasal assignment..Boleh pulak assignment kitorang sama kan..

Kebetulan dia call tu, aku dok kat Penang..al maklum la busy berjalan-jalan cari pasal..So dia call dalam 1/2 jam camtu la..Yang aku ni pon dok gatal offer souvenier dari Penang tu nape? Saja nak beramah mesra hoho~..Sah-sah la kena bagi kan..Dush! Time kuliah aku bagi la benda alah yang x seberapa 2..Offer lagi kan! Lepas tu la aku kena gosipnya..Alasan dorang yang menggosipkan aku "muka korang sama la" X paham aku dorang ni..Sah-sah muka aku x sama! Aku rasa kornea mata dorang dah terbalik kot..:-p

Ingat kan awal sem 6 ni, dorang dah x ngejek aku..Rupa-rupanya bertambah bilangan yang mengejek aku..Tambah-tambah pulak kitorang berdua terlibat menjayakan program untuk LA Padang sem ni..Yang penting aku wat dek je..Yang aku heran! X terkesan pon..Nak katanya aku sokmo terserempak dengan mamat ni..Lagi la dorang-dorang cakap aku + mamat tu = ada jodoh..Suka korang la!

Tapi bila lama-lama kena gosip camtu aku pulak yang rimas+ x sedap hati+ stress..Bila la dorang nak stop aku pon x tau..Sampai la adik aku cakap ko cipta la 1 watak..Then aku jumpa..Aku guna nama Muhammad Adam sebagai watak yang aku cipta jadi pakwe aku..Nampak childish tapi aku dah x fikir cara lain nak stop kan gosip liar ni..hahaha..Macam la ko retis kan :-p

Profil diri dia yang x wujud tu :

Nama : Muhammad Adam
Umur : 21 (muda 1 tahun dari aku)
Asal : Felda Lepar Pahang
Camne boleh kenal : Kat kenduri (bajet je)

Bila dorang start ejek aku dengan mamat tu, aku cakap la yang aku dah ada pakwe berdasarkan profil kat atas tu..:-) Dorang ada yang percaya ada yang tak..Yang x percaya tu, siap suruh aku tunjuk no tepon si dia yang x wujud lagi tu..Mana la aku nak cekau..Menipu lagi sapa suruh! Tapi aku teruskan je lakonan aku tu..Bayangkan la time aku kena gosip dengan mamat tu, siap mention2 lagi kat FB..Sapa yang x rimas jah? Tu yang aku nekad dengan idea x bernas adik aku tu..

Aleh-aleh aku tau mamat tu ada awek..Dush! Asal la ko x cakap awal-awal? Kan senang..Tidak la aku mereka cipta watak entah sapa-sapa tu..Ko ingat nak menipu tu senang ke?..Makcik Lijoh betul la dia ni..Dah tau ada awek cakap la terus terang..Ni bila kena gosip dengan aku muka dia selambe+sengih-sengih+teguh+gigih je kan..Nak je aku cepuk! Hesh! Tapi aku perasan mamat tu+aweknya dari sem 5 lagi..Tapi dorang x kecoh tu yang x merebak..Sebab tu ada yang x tau..Bila aku cerita benda tu, muka kawan-kawan aku yang suka sangat menggosipkan terus macam lepat pisang..hahaha~ lawak gila aku tengok dorang..Sekarang aku dah lega sebab dah xde lagi gosip-gosip liar ni..Aku pon dah x bercakap sangat dengan mamat tu..Yela program dah habis, so dah xde benda yang nak dibincangkan lagi kan..

Note:


  1. Jangan gosip-gosip kan orang ye..Kang ada yang makan hati
  2. Aku sekarang tengah gosipkan salah sorang kawan aku yang dulu kemain mengejek aku+mamat tu..kira balas balik la..hahahah..yang aku heran..



Thursday, February 21, 2013

Mengenang Waktu Dulu =) Part 1

Assalamualaikum..

Wah macam dah lama je tak menaip kat blog ni. Ok la bersempena dengan semester yang baru-baru bukak  ni, bersempena baru bayar brodband, sempat lagi rasanya kalau nak mengenang cuti-cuti hari tu. Banyak yang nak di story kan pasal cuti-cuti hari tu. Aku start dengan minggu ke-2 la sebab miggu pertama tu tak pergi mana-mana. Hari Isnin pagi bawak nenek aku ambik ubat + cari barang dapur untuk nenek aku + bawak nenek aku pergi rumah makcik aku + hantar balik nenek aku (Calon-calon cucu mithali :-p). Ni aku pergi sorang je sebab adik aku sibuk main badminton dengan kakak aku. Whatever la jah! Petangnya kitorang jalan-jalan kat pantai B.N.O. Jangan la suruh aku pergi mana-mana sebab esok-esoknya aku takkan berhenti merayau (memang non stop pon) Pantai ni la tempat kitorang biasa melepak kalau semua balik kampung. Tak sah kalau tak jejak kasih kat pantai ni. Menu still sama tapi kitorang tak jemu pon.Kebetulan kitorang pergi tu air tengah pasang. Yeay! (Konon-konon dapat menghayati keindahan pantai la). Antara wajah-wajah yang terlibat dengan rombongan jejak kasih  ke B.N.O tu.

Rehan & Lela
Gojes tu harus bagi dorang =p


Lela & Ayob
Dorang bukan kapel tau!

Ni Akmal!
Pemilik DSLR & my BFF

Adik aku
Muka kelaparan + muka mintak pelempang

Aku yang ralit tengok tv

Berposing kat Triton
Yang kat belakang tu terinterframe sekali

Lokasi yang paling sesuai bawah pokok

Nak diikutkan sepatutnya ada lagi sorang kawan kitorang yang join tapi dia ada hal last-last minute. Takpe kitorang tak kisah pon, biasa la kalau tengah bahagia dengan si dia kan.(Sebenarnya kitorang semua tacing sebab dia tak pergi)

 Lupa nak cerita pasal menu apa yang ada kat situ. Menu dia berasaskan seafood macam udang, kerang. Yang paling femes Mee udang dia. 1 pinggan RM5 tapi berbaloi sangat sebab banyak gila + udang dia dalam 10 ketul macam tu la. Kalau share pon takpe. Walaupun pilihan makanan dia tak banyak tapi time kitorang pergi tu tak payah cakap la ramai gila yang berkunjung nak makan. Rehan dengan aku makan nasi goreng, adik aku dengan Lela makan mee udang, Akmal dengan Ayob aku tak ingat la tapi yang penting hari tu si Akmal bermurah hati nak belanja =) Sayang ko Mal!!!

 Esok petangnya pulak muka-muka yang sama ni jugak keluar pergi Sg.Besar temankan si Lela carik barang. Sorang masuk kedai tu, yang lain pon ikut je. Sampai la kat pasaraya Billion si BFF aku tu order nak Spageti bagai. Terpaksalah carik barang nak buat Spageti sebab malam tu jugak dorang nak datang makan. Macam takde hari lain je gayanya.Sebelum balik rumah, si Lela bagi cadangan berkelah kat tepi pantai Haji Dorani, makan-makan aiskrim (Lela belanja). Sweet kan. Macam dah takde kerja lain. Malam tu dorang datang pukul 8.30. Bapak aku pon belum balik surau lagi. Tapi bapak aku dah biasa dengan dorang ni so selambe jela. Sembang punya sembang, mengumpat punya mengumpat pukul 11 malam dorang baru balik. Tak ke bertuah namanya tu! Yang si Rehan tak datang sebab mak bapak dia takde kat rumah tapi dia sempat pesan suruh tapau Spageti untuk dia. Mujur rumah dekat boleh la dorang hantar. Nasib ko la Ayob, dah ko yang bawak kereta.

Hari Rabu hantar mak aku  pergi klinik. Bukan aku yang hantar tapi adik aku. Aku sakit perut gila-gila - tak larat bangun. Sepatutnya pagi tu aku kena ambik nenek aku sebab dia nak tidur rumah kitorang. Tapi dengan rumah bersepah + tak larat nak bangun so nanti-nanti la ambik nenek. Kang nenek aku membebel pulak tengok rumah yang tak gaya rumah tu. Petang tu lepas asar kitorang pergi ambik.

Hari Khamis pagi bapak aku suruh keluarkan duit pergi bayar bil letrik & bayar hasil. Kalau setakat bayar bil letrik tahan la lagi even tak pernah buat sebab tinggal ambik no giliran, bagi bil + duit dah setel. Tapi bila aku masuk tengok-tengok pakcik-pakcik semua yang bayar bil. Memang pakcik-pakcik ke yang biasa bayar bil ni? Part bayar hasil ni aku pening sikit sebab kena tunjuk geran tanah bagai + resit bayaran tahun lepas. (adik aku yang bayar - sebab aku dah bayar bil letrik)  Penat aku menggeledah dalam beg, mujur betul. Berapa kali ulang alik ke kaunter sebab tak paham jalan cerita!!! Yang kitorang paham pasal geran-geran ni. Hahahaha.

Petang kat tempat aku ada pasar so kitorang sebagai anak yang paling baik pergi la carik barang dapur. Sebab dah biasa so takde hal la. Sampai-sampai je kat pasar si Akmal a.k.a BFF aku tu dah terpacak kat situ tunggu kitorang. Nasib ko la nok tunggu kitorang. Lepas je beli barang-barang dapur,banyak jugak la (barang-barang tu Akmal yang angkat) hahaha, kitorang tunggu Rehan sebab dia nak pulangkan mangkuk tingkat Spageti tu. Yang bestnya dia tak pulangkan kosong je tapi dia isi Tiramisu, dia buat sendiri. Mak ai, pandai gila dia buat benda alah tu. Aku yang dengar dia cerita camne nak buat benda alah tu pon tak paham-paham.

Esoknya kitorang buat laksa. Kebetulan si Rehan mengidam nak makan laksa so aku mesej dia & kawan aku yang lain suruh datang. Dorang kalau datang kerjanya melantak je. Aku tak kisah pon. Tu laksa ke-2 kitorang buat. Selama ni aku tak pernah & tak tau nak buat. So atas bantuan Hajar (dia bagi resepi + cara-cara nak buat) akhirnya menjadi. Yang first trial tu aku bagi makcik aku rasa sebab makcik aku ni terer bab masak-masak ni. Lepas dapat komen yang memberangsangkan dari makcik aku, aku buat lagi sekali. First trial tu jugak aku bagi bapak aku rasa. Bapak aku pandang pelik kat laksanya siap tanya ni laksa ke lontong? Nak tau sebab apa? Adik aku rebus lama sangat. Hahaha (Gagal sekali tak bermakna gagal selamanya!) Untuk kali ke-2 kitorang buat molek-molek sikit, kang kena gelak dengan bapak aku lagi. Alhamdulillah laksa ke-2 berjaya! Siap kawan kitorang cakap laksa yang kitorang buat macam laksa mak dia. Ni semua poyo je! (Padahal bangga)

Hari Sabtu pulak seperti yang dijanjikan kitorang (aku, adik aku, Akmal & Ruzi) nak pergi carik pusat tahfiz sebab nak buat kerja amal time cuti raya Cina. Dari tak buat apa-apa + melepak tak tentu pasal + membesarkan badan baik kitorang buat benda yang berfaedah kan.Kitorang ada group sendiri, Ruzi ketuanya & dia la yang cadangkan buat kerja amal tu. Bagus jugak idea dia tu kan. Tempat mula-mula kitorang pergi tu takde pengetuanya (keluar pergi mana entah) so kitorang terus cancel + semua lelaki kat situ +  camne dengan kawan-kawan perempuan kitorang nak buat kerja (segan kot). Kitorang pon try carik tempat lain. Jumpa tu jumpa + pengetua pon ada tapi still tak boleh jugak sebab semua lelaki, ramai gila! Aku yang segan masuk kawasan dorang (dorang pandang pelik - macam nampak alien ko tau tak!) Si Ruzi pon ajak bincang kat kedai makan pasal tempat ke-2 ni (Ruzi belanja makan). Sekali tengok gambar yang sempat Ruzi snap (kawasan yang konon-konon kitorang kena bersihkan), MasyaAllah!!!!! Macam @#$%*><^&* Tak tau nak cakap camne, tak boleh nak gambarkan dengan kata-kata. Memang cancel terus. Pergi pulak tempat lain & alhamdulillah pengetuanya ada + budak perempuan pon ada so kitorang pon terus setuju. Balik-balik penat tapi tak boleh tidur sebab si Akmal pulak nak datang bergosip. Dia ni kalau dah bertandang kat rumah aku, bukan setakat kitorang je diajak bergosip, dengan mak aku sekali diajaknya. Mak aku pon suka sembang dengan dia ni sebab dia ni banyak mulut!. Hahaha

Note: Untuk minggu ke-3 kat entri akan datang
        : B.N.O tu refer kepada Bagan Nakhoda Omar


Sunday, January 20, 2013

Dan sebenarnya...



“Weh Liya kitorang gerak depan dulu ek..”
“Ha yela, aku nak duduk sini dulu. Best jugak kalau dapat snap gambar sekeping dua..”
“Banyak la ko punya sekeping dua. Ko tu kalau dah melekat dengan kekasih hati ko takde maknanya sekeping dua, berpuluh-puluh keping maunya kan”
“Hahaha. Tau takpe, nanti kalau korang dah habis berjogging a.k.a berdating tu bagi mesej ek, nanti aku boleh terus pergi dekat kereta”

Untung la diorang boleh berjogging dengan orang yang tersayang. Tu berjogging ke berdating..? Saja je nak panaskan aku. Tadi bukan main alasan mengajak aku

 “weh petang ni jom jogging ,dah lama kan kita tak jogging”

Hampeh la diorang ni. Sepatutnya diorang  cakap jela camni

 “weh petang  ni  jom temankan kitorang dating, dah lama tak temankan kitorang  dating..”

Malu-malu pulak!

Aku macam ni la. Still single and masih available. Siapa nak masuk meminang sangat dialu-alukan..:) (promot diri nampak – haruslah – market yourself ok!) 

Ok, let me introduce myself first. Nama aku Nur Aliya, boleh panggil Liya, nak panggil apa-apa pon boleh as long as nama tu sedap kat telinga aku akan respon “ya..ada apa?” (plus senyuman comel)  Aku kerja dekat ArtStudio (kawan aku punya).  Dah setahun jugak la aku berkecimpung dalam dunia fotografi ni. Aku memang minat snap gambar dari zaman aku kat universiti dulu. Semua gambar yang aku snap kawan-kawan aku suka, diorang kata aku ada style la ape la. Disebabkan minat aku yang mendalam pasal snap-snap gambar ni, kawan aku ajak jadi pembantu dia kat studio. Pucuk dicita ulam mendatang beb! So, aku terima dengan serta merta. Dari ko takde kerja baik ko jadi pembantu dia kan? Gaji pon ok la untuk aku yang single ni.

**********************************************************

“Ya Allah cantiknya pemandangan petang ni. Tak sia-sia aku temankan diorang.”

Tiba-tiba je berterima kasih kat diorang.

Klik! And …..

“Eh, asal macam familiar je muka mamat dalam kamera ni? Ke pelanduk dua serupa? Impossible la..”
“Ehem. Ok tak gamba aku tadi? Penat aku posing”
“Aaa..Ok je. Cantik..aaa..sweet sangat.”
Apa aku merepek ni?  Takkan baru tengok mamat handsome camni dah gagap?
“Boleh aku tengok tak?”
“Nah.”
“Cantik. Ko memang photographer ke?”
“Amatur je.”
“Oh, ok. So, boleh tak kita berkenalan?”
“Ha?? Berkenalan..? Aaa..tak..”
“Ha? Tak boleh?”
“Maksudnya boleh..aaa, boleh sangat.”
 Ko ni dah kenapa?
“Ok, nama aku Akram Zakry, panggil Kery.”
“Nama aku Nur Aliya, boleh panggil Liya.”
“Selamat berkenalan” serentak beb.
“Liya, jom kita duduk kat sana, boleh sembang-sembang kejap.”
“Oh, ok.”

“Kery..”
“Ya..kenapa?”
“Nak tanya something ni, dari tadi aku nak tanya.”
“Tanya je la.”
“Emm, ko ni model iklan kat tv tu ke?”
“Yup.” simple giler jawapan dia.
“What????” ni dah teruja tahap gaban.
“Slow la sikit suara ko tu. Tak payah la jerit kuat-kuat. Aku ni duduk kat sebelah ko je pun. Tadi ko yang tanya aku, ni aku dah jawap ko pulak menjerit. Asal ko ni? Kurang makan bayam ke haper..?
“Sorry la weh, aku cuma teruja plus terkesima plus tak percaya yang kat depan mata aku sekarang ni berdirinya seorang model yang tengah meningkat naik namanya”
“Aku tengah duduk sekarang ni. Berdiri apanya..?”
“Hehe, maksud aku duduk la tadi tu” cover sikit
“Ko tak payah la nak terkesima bagai. Buat biasa-biasa je. Macam kawan-kawan. Ok?”
“Ok, lagi satu aku nak tanya. Bukan kalau dalam tv nama ko Zack ke? Asal ko kenalkan diri ko tadi Kery?”
“Ooh yang tu..aku tadi bajet tak nak orang kenal aku. Sebab tu la aku cakap nama aku Kery. Cuba aku cakap nama aku Zack awal-awal tadi, mesti tak cukup tanah ko nak lompat kan?” bajetnye la~
“Hamboi, boleh tahan ko ni. Perasan”
“So, Zack ke Kery?”
“Aku nak kawan-kawan aku kenal aku dengan nama Kery. ”
“Oh, l see.”
“Eh, dah la. Kita lupakan pasal ni, kita cerita pasal diri masing-masing. Boleh?”
“Boleh je” plus senyuman manis.
“Ko memang selalu datang sini ke Liya?”
“Takde la. Kadang-kadang je aku datang tu pun kalau kawan aku ajak, kalau tak ajak takde maknanya aku nak datang sini. Ko pulak memang selalu ke lepak sini?”
“Tak jugak. Kalau takde shooting or rasa ada mood nak lepak sini aku datang la. Kalau tak memang tak la aku nak datang.”

**********************************************************

 “Weh cuba teka time korang pergi jogging a.k.a dating tadi, aku jumpa siapa?”
“Siapa?”
“Akram  Zakry.”
“Akram Zakry mana ko ni?”
“Akram Zakry a.k.a Zack a.k.a model iklan tu la”
“What?? Weh ko tak payah la nak tipu kitorang. Agak-agak la kalau ko admire kat dia tu..”
“La..muka aku ni ada rupa penipu ke? Nah tengok sendiri. Ko fikir aku ni tergamak ke nak tipu kawan aku sendiri..?”
“Weh beb..asal ko tak mesej kitorang tadi? Sampai hati ko..”
“Aik, bukan ke korang sibuk jogging a.k.a dating tadi? So aku tak nak la kacau daun kan..”
“Macam ni la kawan. Tak nak la kawan dengan ko..”

Balik-balik aku terus je import gambar ke laptop. Point sangat kan :p Aku bukannya apa, perasaan teruja tu still ada. Tak sangka rezeki aku kali ni boleh jumpa dengan dia..
Lepas je dari hari aku terjumpa dia, aku kerap pergi taman tu..hehehe..siap aku tanya kawan-kawan aku yang lain.

 “Weh tak nak pergi jogging ke..? Rasa dah lama tak pergi jogging kan?”
“Sejak bila ni beb? Setau aku ko suka snap gambar je kan kalau pergi taman tu..Ke ko nak buat-buat terserempak dengan si Kery tu.”
“Weh tak baik la ko ni..” muka tergedik-gedik sibuk nak nafikan..
“Yela-yela kali ni aku temankan ko ‘berjogging’ pulak ye.”


“Hai Cik Lia..tengah snap gambar ke?”
“Hai Encik Kery..eh mana ada snap gambar..tengah tanam bunga ni” dah nampak tanya lagi kan..
“Sarkastik la ko ni. By the way ni kawan aku, kenalkan ni Irwan boleh panggil dia Wan. ”
“Hai..nama aku Nur Aliya, panggil Lia je.”

Sejak dari hari tu aku, Kery & Wan selalu lepak sama-sama kat taman tu. Tapi kitorang tak pernah buat temu janji nak jumpa. More kepada kebetulan la. Kalau Kery busy, aku lepak dengan Wan, kalau Wan busy aku lepak dengan kery, kalau aku busy Kery dengan Wan jela..(pandai-pandai korang la nak lepak dengan siapa..)

First impression aku dekat si Kery ni (before jumpa dia) , seorang yang belagak, bajet bagus, playboy, and sewaktu dengannya. Faham-faham je la tanggapan orang biasa dekat  public figure ni kan. Tapi bila dah kenal, dia ni biasa je-macam orang lain. Yang membezakan kitorang adalah kerjaya. Tu je.

“Wan, Kery mana? Selalu dia datang. Ni dah dekat dua minggu aku tak nampak batang hidung dia. Wujud lagi ke tak dia tu kat bumi ni? Ke dah pindah ke Pluto..?”
“Kery? Jangan risau la weh. Still bertapak kat bumi ni, cumanya dia agak busy sejak dua menjak ni. Plus dia dah bertunang.”
“What?? Bertunang??” pedihnya hati aku..
“Yang ko terkejut beruk ni dah kenapa? Kery tak bagitau ko ke dia nak bertunang?”
“For your information, kitorang tak pernah tukar phone number.”
“So, ko tak tau la ni?” E’eh si Wan ni, tanya lagi.
“Tak, kalau dia bagitau takde la aku terkejut bagai nak rak gini. Bila dia bertunang?”
“Minggu lepas. Cun giler tunang dia..!” Ko saje je kan nak buat aku sakit hati.
“Ooh yeke. Bertuah tunang dia kan,”
“Yang ko ni dah kenapa Liya? Lain macam je aku tengok. Ke ko patah hati?”
“Wan, aku tak layak untuk dia even dalam mimpi. So, takde istilah patah hati kat sini ye. Ok la Wan, aku balik dulu. Sampaikan salam aku kat Kery” hati aku dah makin parah ni.
“Eh, Liya. Rilex la weh, lepak dulu. Awal lagi kot nak balik. Liya..Liya..”

**********************************************************

“Liya..Liya..” perempuan ni tak dengar ke?
“Hoi Liya..!” siap ketuk meja gitu.
“Hmm..kenapa Siti?”
“Kenapa ko tanya aku? Hei, sepatutnya aku yang tanya ko tu yang kenapa?” Saba Cik Siti ooi~
“Aku? Kenapa dengan aku? Aku ok je” muka tak bermaya ada hati cakap ok.
“Aku tengok dah nak sebulan ko macam ni. Macam mayat hidup tau tak? Ko still fikir pasal Kery ke?”
“Kery? Apa kena mengena dengan dia?”
“Takde kena mengena dengan Kery ko cakap? Setiap hari perkataan yang keluar dari mulut ko Kery, Kery, Kery. Kery tu la, Kery ni la. Hari-hari ko dok ngadap gambar dia. Still nak nafikan ke Liya?” Pitching dah mula nak naik si Siti ni.
“Ni lagi satu, setiap petang ko pergi ke taman tu buat apa? Ko..”
“Cukuplah Siti. Aku tak nak dengar apa-apa lagi..!” Stressnya aku..

Akram Zakry. Satu nama yang boleh membuatkan hati aku terusik. Nama yang buat mimpi aku indah. Nama yang buat hidup aku tak tentu arah. Nama yang buat aku jadi macam ni. Aku dah tak tau nak buat apa. Siti pon dah membebel je kat telinga aku. Tak sepatutnya aku mengimpikan dia jadi pasangan hidup aku. Dia tu enggang, ko pulak pipit. Mana nak sama. Liya, ko kena berhenti dari fikir pasal dia. Tolong delete nama dia dalam hati ko. Kalau ko terus-terus fikir pasal dia, ko jugak yang makan hati. Lagi satu, ko tolong la berhenti pergi taman tu. Dah takde maknanya Liya! Ko jangan nak buat alasan nak snap gambar bagai. Buktinya satu  gambar pon ko tak snap kan? Ko tak payah la nak tunggu buah yang tak gugur, tak payah nak tunggu bulan jatuh ke riba. Tak payah semuanya! Dia dah jadi milik orang. Ko kena terima hakikat!.

“Eh, Liya. Lama tak nampak ko. Ko ke mana? Selalu jugak aku datang ke sini nak lepak dengan ko tapi haram nak jumpa. Ko busy ke?”
“La ko ke Wan. Ingat mamat mana yang nak try aku tadi. Sorry la bro, aku busy sikit sejak dua menjak ni. Maklum la rezeki tengah masyuk.”

 Hari-hari aku datang sini Wan. Aku nampak ko tapi aku tak nak lepak dengan ko dalam keadaan aku yang serabut. Aku takut aku terluahkan semua isi hati aku kat ko.

“Ha dah alang-alang aku jumpa ko ni Wan, aku nak jemput ko datang rumah hujung bulan ni. Ada makan-makan sikit.”
“Bab makan free confirm aku datang. Tak dijemput pun aku datang. Jangan risau. Makan free, makan free jugak, makan free sempena apa?”
“Aku bertunang Wan.” Straight to the point je jawapan aku.
“Liya, ko ingat lagi tak masa kita bertiga lepak sama-sama dulu? Ko pernah cakap ko tengah tunggu seseorang. Means bakal tunang ko ni ke?”
“Emm, tak la. Bukan dia orangnya. Memang aku pernah cakap aku tengah tunggu seseorang tapi orang tu tak tunggu aku pun. Orang tu dah pergi jauh dari hati aku. Aku dah putus asa Wan. Sampai bila aku nak tunggu buah yang tak gugur. So, aku ambik keputusan untuk lepaskan dia dari hidup aku.”
“Sebab tu la ko nak bertunang? Ko nak lupakan orang tu? Macam tu ke? ”
“Maybe.”
“Weh Liya, sejak bila ko usaha? Tau-tau dah putus asa ni. Apa cerita? Belum cuba belum tau la weh.”
“Wan, ko jangan nak mula boleh tak? Tak ye pun ko doa la untuk majlis aku tu. Gaya macam tak rela je aku bertunang. Ke ko syok kat aku?”
“Aku syok kat ko? Memang tak la kan.”
“Apa-apa la Wan. Weh aku rasa aku dah kena gerak ni. Kalau ko still nak bercakap, ko cakap la dengan pokok ni sorang-sorang.”
“Wan..emm..ajak la Kery sekali”
“InsyaAllah aku bawak dia. Gerak tu hati-hati”

**********************************************************

Keadaan kat taman ni tak berubah langsung macam setahun yang lepas. Banyak kenangan antara aku, Wan dan dia. Semuanya bermula kat taman ni.

“Kery, aku nak tanya satu benda ni. Ala suka-suka je. Kalau ko tak suka tak payah jawab”
“Mende?”
“Ciri-ciri perempuan yang ko suka camne ek? Ko kan public figure, famous gitu. Ko nak carik perempuan yang setaraf dengan ko ke?”
“Aku kalau boleh Liya, nak carik perempuan yang hot, seksi, manja, cantik menarik ko memang da bomb. Cukup pakej.”
“Aku dah agak dah taste ko camne. Public figure macam ko ni taste dia memang tinggi. Memang tak la kalau ko nak pandang perempuan yang biasa-biasa je kan.”
“Banyak la ko. Aku main-main je la tadi tu. Aku kalau boleh nak cari perempuan macam ko. Sejuk sikit mata memandang”

Aku tahu kata-kata dia tu hanyalah gurauan. Tapi aku yang salah dalam mentafsir, sampai aku jadi terlalu mengharap. Aku mengharap cinta yang tak pasti. Ah, daripada aku dok layan hati aku ni baik aku snap gambar.

1..2..3..Klik!

“Kenapa aku masih terbayang muka dia?”
“Ehem..ok tak gamba aku tadi..penat aku posing”
“Aaa..ok je..cantik.”
“Boleh aku tengok tak?”
“Nah.”
“Cantik..ko memang photographer ke?” 
“Yup. Professional punya.”

 Sepi. 
“Ko apa khabar Liya?”
“Sihat.”
“Sorang je? Mana suami ko?”
“Mana isteri ko?” Soalan dibalas dengan soalan.
“Hari ni takde sampan berlayar la. Setahun yang lepas setiap petang aku nampak.”
“Sampan berlayar apa ko ni Kery? Boleh tak ko tu cakap straight.”
“Setahun yang lepas setiap petang aku nampak sorang perempuan ni pergi ke taman, duduk kat kerusi ni, tulis something atas kertas , lepas tu dia buat origami sampan. Sebelum balik dia akan layarkan sampan tu kat tasik ni.”
“So, ko suka la tengok keadaan aku macam tu?”
“Aku tertanya-tanya kenapa perempuan tu sedih sangat. Tapi bila aku dah baca luahan hati dia baru aku tahu yang aku tak bertepuk sebelah tangan sebenarnya.”
“Eh Kery, apa maksud  ko ni? Setakat ko nak malukan aku atau nak sakitkan hati aku  dengan cerita setahun yang lepas, baik tak payah. Terima kasih jela.”
“Liya, kenapa ko tak tunggu orang tu?”
“Rasanya tak perlu sebab orang tu pun tak pernah tunggu aku.”
“Siapa cakap?”
“Kery, ko boleh tak cakap straight to the point? Aku malas nak berteka-teki ni!”
“Sebenarnya..sebenarnya..”
“Mende ko ni? Sebenarnya..sebenarnya dari tadi.” Sejak bila dia jadi gagap?
“Sebenarnya aku dah lama suka kat ko sejak setahun yang lepas. Cuma aku terambik masa yang terlalu panjang nak luahkan isi hati aku. Aku terlampau selesa dengan ruang yang ada, means ko kan selalu kat depan mata aku. Aku ingat bila-bila je aku boleh luahkan perasaan aku kat ko. Sampai la satu hari family aku aturkan pertunangan aku. Lepas aku bertunang aku tak berani berdepan dengan ko. So apa yang aku boleh buat, aku cuma boleh tengok ko dari jauh je.”
“Kery.. ko…”
“Hati aku sayu bila tengok air mata ko mengalir. Aku tak boleh buat apa-apa nak redakan ko. Cuma aku mampu berdoa biar hati ko tabah, kuat.”
“Liya, aku mintak maaf sangat-sangat sebab aku dah lukakan hati ko.”
“Takpe la Kery, benda dah lepas. Anggap jela kita takde jodoh. Aku pun tak daya nak tunggu buah yang takkan gugur.”
“Eh Cik Liya, siapa yang kata buah tu takkan gugur? Even buah tu tak boleh gugur dengan sendiri, ko tak boleh  ambik galah ke? Kait lah sendiri  confirm dapat.”
“Kery! Straight to the point please!”
“Aku tak kahwin lagi”
“Aku pon”
“Aku dah putus tunang”
“Aku pon”
“Sengal la ko!”  Part ni serentak.
“So, boleh kita berkenalan?”
“Ha?? Berkenalan..? Aaa..tak..”
“Ha? Tak boleh?”
“Maksudnya boleh..aaa, boleh sangat.” 
“Ok, nama saya  Akram Zakry, panggil Kery.”
“Nama saya  Nur Aliya, boleh panggil Liya.”
“Selamat berkenalan.”  Serentak lagi
“Liya, nak phone number boleh?”
“Boleh”



           ******************************Tamat******************************










Friday, January 18, 2013

Balik kampung :)


Assalamualaikum..

Hari ni selesai la aku kemas barang , ambik borang check out dekat pejabat , pulangkan kunci..dua kali aku masuk pejabat aku asyik dengar amaran yang sama je.."Pastikan takde sisa makanan kat rumah tu , jangan ada sampah kat dalam & luar rumah..Kalau ada nanti saya denda"  Kalau ada 10 orang kat dalam opis tu maunya dia ulang 10 kali..mujur ada 2 orang je..aku yang  dengar ni dah boleh hafal ayat keramat tu..

Dalam pukul 11 lebih aku turun opis..kalau sebelum tu aku ambik borang check out yang ni aku nak pulangkan kunci rumah pulak..aku doa-doa bukan staff yang suka membebel yang jaga kaunter..hehe..tak tahan telinga aku dengar amaran dia tu..fuhh lega sebab yang jaga tu student..encik staff tu duduk kat meja lain tapinya amaran dia still aku dengar "Pastikan takde sisa makanan kat rumah tu , jangan ada sampah kat dalam & luar rumah..Kalau ada nanti saya denda"   Alahai encik staff tak penat ke dari tadi asyik ulang benda yang sama je..? Nasib la siapa yang berurusan dengan encik staff tu..

Akhirnya orang yang ambik aku pon datang dalam pukul 12 lebih (abang ipar aku)..punya la aku menunggu bagai nak rak..plan asal ,  kakak aku yang nak ambik dalam pukul 8 pagi ,  dia gerak dari rumah..aku pon semangat mengemas bagai..aleh-aleh kakak aku call..

Kakak aku : Jah..yang ambik ko nanti si AMBULAN tau..
Aku : awatnya pulak jah?
Kakak aku : Aku malas nak bawak Wira tu..nak bawak Avanza tapi si Rizan tu  guna tak balik-balik..tapi ko relax sudah la..si AMBULAN ni tidur lagi..
Aku : ha tak kisah la jah janji aku balik..AMBULAN pon AMBULAN la..

Time on the way tu boleh pulak abang ipar aku cerita pasal kereta..( jah..aku ni dah la perempuan mana la tau sangat pasal benda alah tu..huhu) Dah dia sembang aku on jela..dari senyap je baik la sembang kan..mujur la aku tau sikit pasal kereta kan..beza kereta 1.5 dengan 1.3..pasal enjin dia..NGV..DIESEL..PETROL..penat jugak la aku nak proses maklumat tu dalam otak..terima kasih la kat kawan aku sebab dia la yang ajar aku beza-beza dorang tu time aku lepak kat bengkel dulu  ( kereta kawan aku rosak tu yang sampai ke bengkel – masa tu form 5 )

Dah nak sampai rumah kakak aku tu , abang ipar aku tak terus balik..dia singgah Tesco dulu nak beli barang katanya..aku pon follow jela kan..Tesco kat Setia Alam ni nampak mewah sikit macam kat Warta kat Bangi nak dibandingkan dengan Tesco  kat Nilai biasa-biasa je..naik-naik je kat tingkat 2..alahai ternampak kedai buku pulak..siap ada offer lagi tu..aku ni dah la pantang masuk kedai buku confirm beli..belek punya belek memang aku beli pon..( beli je lebih bacanya tak! )

Aku pon terus la masuk kat Tesconya..blur tak tau nak cari apa..abang ipar aku suruh carik roti kopi..masalahnya aku tak kenal roti kopi tu camne..( Nampak no ketinggalan zamannya  ) So aku tawaf jela kat situ..setiap bahagian aku tengok..first aku masuk kat bahagian jual anak patung..sangat comel..


Kami adik beradik tapi lain mak lain bapak :p
Kami comel bukan?



Dah tak tau nak beli apa so tengok-tengok jela..last-lastnya aku beli air ( haus gila ) + coklat + jajan sikit..dah siap bayar aku pon pegi round tempat lain..tengok baju , pashmina , skirt ( kat level 2 lagi ) dah puas pusing turun level 1 pulak tengok kerongsang ..kitorang assume yang abang ipar kitorang dah tunggu kat kereta sebab dah sejam lebih dok melacak kat Tesco tu..aleh-aleh dapat call “ko kat mana tu..meh naik tingkat 2”..la kat tingkat 2 lagi rupanya..aduhai..yang aku tak tahannya dalam masa sejam lebih tu dia cuma dapat 2 barang je..tu belum  bayar lagi..kakak aku bagi mesej..

Kakak aku : Jah ko kat mana tu?
Aku : Tesco jah..laki ko ni boleh tahan kalau carik barang..
Kakak aku : Tau takpe..
Aku : Aku dah tawaf dalam tesco ni berapa kali dah..mana entah si lijah tu..
Aku : Laki ko ni mengalahkan orang perempuan bershopping la jah..

Berapa minit lepas tu ( lama jugak la – kalau disuruh balik rumah dah sampai agaknya )

Aku : Jah..aku kat Tesco lagi!
Kakak aku : Ko buat apa lagi jah?
Aku : Tunggu laki ko la jah..punya la lama..aku siap round kat tingkat 1..lepas tu naik balik tingkat 2..tengok-tengok laki ko beli boxer dengan maggi je..alahai tijah..
Kakak aku : Kan..ko mampu jah?
Aku : Jah..aku dah siap bayar aku punya barang dari tadi..
Kakak aku : Ko layan jela..

Yang tak tahannya abang ipar aku pegi kat bahagian lain pulak..dia tengok barang-barang lain pulak..tengok towel la hanger la syampu la gula la sayur la..masalahnya setiap kali dia nak pilih 1 barang tu mesti 1 jam punya..aku ni yang tukang tolak troli memang kena follow dia jela kan..kitorang tak boleh berenti kat bahagian lain..contoh kalau dia tengah pilih sayur , yang kitorang pulak tunggu kat tempat buah confirm lepas tu dia akan pilih buah pulak..kalau dia tengah pilih buah , kitorang kat tempat ayam sejuk beku confirm dia beli jugak..alahai jah semua nak dibeli ke? Time dia tengah pilih-pilih tu aku sempat la snap berapa gambar ( bosan kot tunggu lama-lama )


Lobak putih jenis merah
Sumpah aku tak pernah jumpa lobak warna ni!


Labu dia besar jah!
Baling kat perompak confirm pengsan :p




Siap ada taman lagi tu
(Sebenarnya dia jual baja)



Siap ada kelapa pandan
First time aku jumpa kelapa dalam Tesco!

Air bikarbonat
Botol dia exclusive la


Ha ni pon sama jugak



Pesanan dari Dato Seri Michelle Yeoh
Jangan lupa beli~


Ha ni agak exotic sikit
Aku memang tak pernah tau teh ada brand ni..
AHMAD TEA LONDON
EARL GREY TEA
EXCLUSIVE QUALITY TEA



Antara brand AHMAD TEA yang lain
Berperisa..
Macam sedap

Lagi 1 AHMAD TEA
paket dia lawa kan


Last-last aku keluar dulu pegi ambik barang kat kaunter simpan barang..maklum la tak boleh bawak masuk barang kan kalau nak masuk membeli belah kat dalam tu..terus aku carik tempat duduk ( penat weh berjalan je ) Tu pon dia boleh  pilih-pilih lagi kat dalam..aku dah tak kuasa nak tolak troli so aku biar kemba aku dengan abang ipar aku je yang settle selebihnya..hehe..

Note : 
  1.  AMBULAN tu abang ipar aku la..dia bawak kereta laju bebeno..tu yang kitorang (aku + kemba aku + kakak aku) panggil dia AMBULAN..
  2.  Kalau aku dapat suami macam abang ipar aku dialog aku berbunyi  “abang..saya    balik dulu ya naik teksi” hahaha